125x125 Ads

Page 18 : Amanah diberi, melunaskan diri

Assalamualaikum,


Gambarkan difikiran:

Anda mahu menghantar sesuatu yang amat berharga buat rakan atau keluarga anda di kampong. Malangnya, posmen tidak amanah. Barang kiriman anda telah dirosakkan dan dicuri lantas ia tidak sampai kepada si penerima.

Gambarkan difikiran:

Anda mengumpul 20 sen sehari selama 3 tahun untuk membelisebuah computer. Anda menyuruh abang anda membelikan computer itu setelah penat lelah mengumpul wang,. Malangnya, abang anda tidak amanah. Kesemua duit itu digunakan untuk membeli motosikal baru untuk dirinya.

Gambarkan difikiran:

Anada menjual kuih-muih. Seawal 4 pagi anda bangun untuk membuat persiapan. Anda amanahkan jiran anda untuk menjaga gerai jualan kuih di pasar. Malangnya, jiran anda tidak amanah. Dia tinggalkan begitu saja gerai itu kerana asyik bergyut di telefon dengan teman lelaki. Habis kuih-muih dicuri orang.

Gambarkan difikiran:

Anda terpilih menjadi ketua kelas. Semu orang percayadan yakin dengan kepimpinan anda. Anda tampak hebat. Malangnya, anda sering membiarkan keadaan kelas huru-hara ketika ketiadaan guru. Anda kerap ponteng kelas dan selalu ke tandas untuk merokok dan keadaan kelas menjadi tidak terurus.

Gambarkan difikiran:

Anda ingin pulang ke kampung bersama keluarga. Rumah dijaga oleh seorang lelaki yang telah diupah dengan bayarann yang agak mahal keerana tugasannya 24 jam berkawal menjaga keselamatan rumah yang ditinggalkan. Malangnya, selepas anda pulang dari kampung, anda dapati rumah anda menjadi seperti kapal yang dilanda rebut. Barang kesayangan anda sudah tiada lagi. Lelaki itu tidak amanah. Rupa-rupanya dia telah lari darripada tugasan sejak hari kedua.


Korang da baca beberapa contoh peristiwa di atas, bukan? Marah? Geram? Sakit hati? Nak menangis? Itu baru sedikit.


Bayangkan jika hidup kita dilingkungi dengan ramainya orang yang tidak amanah. Bagaimana? Kita akan sentiasa dalam kesedihan, sentiasa dalam ketidakpercayaan, sentiasa dalam kesedihan, sentiasa dalam kebimbangan dan sentiasa dalam keadaan syak wasangka. Tenttu hidup tidak bahagia bukan?


Ingatlah, amanah begitu penting. Ia bukan hanya tanggungjawab sesame manusia malah lebih penting akan dipantau dan “diberi markah” oleh Allah.


Mungkin anda lupa, menjadi seorang anak dan pelajar juga adalah satu amanah. Setiap hari ibu ayah menberi wang saku ke sekolah dengan harapan anda menjadi anak yang soleh, cemerlang dan tahu mengenang jasa orang tua. Apakah anda telah melaksanakan semua itu? Atau masih leka dengan alam remaja yang melalaikan?


Bagaimana pula dengan amanah seorang pelajar? Jika homework yan g diberi guru pun anda sering abaikan dan guru tidak dihormati sebagaimana yang dituntut, juga sering menimbulkan mlah masalah kepaga guru dan sekolah, maka anda telah mempersiakan satu amanah yang besar.


Diingatkan juga, amanah bermula di rumah. Jika di rumah anda menjadi anak yang degil dan tidak mendengar nasihat, bimbang nanti anda membesar sebagai ahli rasuah, pencuri, pendengki, penipu atau apa saja sifat negatif yang akan menambah dosa anda terhadap Allah s.w.t.


Baca semula kisah-kisah pendek di atas dan anda gambarkan difikiran jika itu semua terjadi kepada anda. Jadi, ayuh kita gilap sifat amanah dan sama-sama kita bimbing rakan dan keluarga kita untuk menjaga amanah dan melaksanakan semua perkara kebaikan dalam hidup kita. Makin banyak perkara baik, makin murah rezeki dan makin molek hati dan budi, insya-Allah.


Amanah itu sifat mulia,
jadi cahaya yang amat indah;
Sifat terpuji orang Berjaya,
Mukmin sejati diberkati Allah.

Amanah itu junjungan amal,
Rasulullah menjadi teladan;
Sifat yang baik biarlah kekal,
Saham kita di hari pembalasan.


Sehingga bertemu di lain entry.


Wassalam.

0 comments:

 

Copyright © 2010 • Berbual Sambal • Design by Dzignine