125x125 Ads

Solat umpama Handphone ?

5 comments
Assalamualaikum,


Hello kepada korang yang sudi menyinggahkan diri di blog berbualsambal ni. Hope korang tak jemu jemu dengan entry aku yang akan datang. kalau nak cerita pasal update entry, aku takda la pandai goreng goreng sangat. lagi lagi nak touchup ni. hemtam je la. yang penting korang dapat ilmu walaupun sedikit. Insyaallah


"Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim."


Kalau entry sebelum ni aku kaitkan manusia dengan robot, kali ni aku nak kaitkan pula solat dengan handphone. sebelum ni korang just tahu handphone just untuk text, call, video call and etc. tapi pernah korang terfikir yang solat boleh diumpamakan ngan handphone.


Dah dapat gambaran ?





Tentu tak dapat kan..hehe...takpe takpe..betul tak kita guna handphone untuk berinteraksi ngan family, kawan ke, or yang someone special ke but penah korang terfikir yang solat pun begitu. tapi, solat (lima waktu) merupakan penghubung kita dengan Allah s.w.t.


Jom kita compare antara solat ngan handphone.


Dengan handphone kita dapat meluahkan perasaan kita sama ada happy ke , sedih ke , ngah berkecamuk ke, or berkongsi cerita tentang pakwe and makwe korang. Walaupun kita tak nampak ngan orang yang kita call or mesej, tapi kita tahu dia mendengar apa yang kita cakap or text dan bole memberi pendapat atau pandangan tentang apa yang dibualkan itu.






Sama seperti solat, bagi kita sebagai seorang muslim, kita seharusnya menjadikan solat sebagai wahana terbaik untuk kita berkongsi masalah, suka duka dengan Allah s.w.t. kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat.


Jadi lepas ni, apa-apa masalah pun berkongsi la dengan Allah s.w.t terlebih dahulu. lepas tu baru lah kita share ngan orang lain. Insyaallah kita akan mendapat kemanisan iman yang sebenar. Insyaallah



"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah, igatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (surah al-Rad` : 28)


Aminn
Baca lagi »

Kita ? Robot? Apa samanya?

5 comments
Assalamualaikum,


Hai kepada semua yang mengenali.. skema la plak ayat..hehe... terutama to budak-budak BCROOM.NET yang saban hari banyak berkongsi idea...(saje je nak amik hati, kot kot dapat jadi ADMIN)





Robot?


Mesti korang agak terpinga-pinga yang tajuk entry aku kali ni. takpe takpe takpe. maybe korang lebih tertarik ngan tajuk-tajuk yang pelik. haha. Cuba kita bayangkan yang diri kita ni sebuah robot yang berkhidmat untuk tuan kita sendiri.


Adakah kita nak jadi robot yang tak mendatangkan apa apa kepada tuan nya?


Robot merujuk kepada kita, tuannya pula merujuk kepada ALLAH s.w.t. Ini bermakna adakah kita nak menjadi seorang hamba yang terlalu leka dengan kesenangan yang kita nikmati pada hari ini sehingga mengabaikan tanggungjawab kita terhadap ALLAH s.w.t. Kita lihat pada hari ini, ramai rakan kita yang telah menyimpang jauh dari landasan yang sebenar. 


Adakah kita mampu berdiam diri ?



 

Jadi, kita harus menjadi mursyid kepada rakan rakan kita agar dapat sama sama membimbing antara satu sama lain agar kembali kepada landasan yang sebenar yang mencari keredhaan ALLAH s.w.t. dan janganlah menjadi seperti sebuah robot yang tak berguna kepada tuannya. 


Apabila robot itu tidak mendatangkan manfaat kepada tuannya, pasti tuannya akan mencabut plug atau bateri pada badan robot itu.


 

*tentu sekali kita akan rasa menyesal dengan apa yang kita lakukan dahulu. masa berjalan begitu pantas. sedar ataupun tidak sedar kita meningkat dewasa. dunia persekolahan sudah kita tinggalkan. kini, kita menempuh dunia yang sebenar yang banyak cabaran. jadi, kita harus menyiapkan diri agar tidak leka dengan berbagai bentuk sogokan yang cuba untuk melemahkan kita terutamanya umat islam.


kata-kata orang yahudi

"Jangan harap kamu (umat islam) dapat mengalahkan kami selagi jumlah solat berjemaah di masjid pada waktu subuh tidak seramai jumlah umat islam solat hari jumaat."


Wassalam
Baca lagi »

Luahan Hati Dato` Dr Hasan Mohamed Ali mengenai DSAI

2 comments
Assalamualaikum,



Hai sume. maybe entry aku yang lepas buatkan korang tak sedap nak membaca nye. tapi aku menulis berdasarkan research yang selama ni aku buat mengenai politik-politik Malaysia. Aku bukan la pro-Kerajaan semata-mata, tapi hanya Allah je tahu.





*Kenapa susah sangat terima hakikat*


Bukti da jelas bila Dato` Dr Hasan Ali, bekas bEXCO negeri Selangor yang memberi pandangan sendiri tentang DSAI. ni bukan la omong kosong. Beliau sendiri yang bercakap mengenainya. Lihat la petikan video yang diambil daripada youtube.




Betul kata beliau, bila DSAI jadi PM , peribadi DSAI yang tak sesuai untuk mentadbir negara kita. ni bukan sekadar cakap-cakap kosong, tapi beliau sendiri telah mengkaji tentang DSAI.


*Hanya jauhari yang mengenal manikam*


Adakah korang nak DSAI jadi PM kita ? siapa pun gembira bila dapat menawan Putrajaya, tapi dalam kegembiraan itu kalau air mata berderai kalau tengok agama islam ntah ke mana, bangsa Melayu ke mana, institusi raja ntah ke mana, PEKIKAN kemengan itu tak banyak maknanya.


"ALLAH yang merancang , dan kita merancang, perancangan ALLAH lah yang akan berjaya"


Kita akan berasa gembira bila pemerintahan negara kita mengangkat soal agama Islam ke darjat yang paling mulia dan tinggi.


Aminn.


Menulis bukan sekadar menulis, 
menulis berdasarkan fakta.
Sejarah mengajar kita untuk lebih baik daripada sebelumnya
Insyaallah

Baca lagi »

Penegak Islam dipecat, Pengkhianat bangsa diangkat

14 comments
Assalamualaikum,


Hai kepada sume blogger guys and blogger gurlz. Mesti korang da dapat gambaran kan yang entry kali ni aku buat isu pasal apa. tapi ada gak yang tak tahu lagi. takpe, kita berkongsi maklumat bersama.

 
''Pengkhianat''
   
        '' Pembela Agama''


''"Mahkamah Bebaskan Anwar Ibrahim?"


Baru tadi aku dengar berita ni daripada kawan se-office dengan aku. Agak terkejut gak macam mana lah dia boleh dibebaskan daripada tuduhan liwat. tapi yang aku pelik gak ramai betul yang jadi pengikutnya masa perbicaran tadi pagi. seawal 5 pagi tadi dorang da berkumpul di depan Istana Kehakiman Jalan Duta. lebih daripada 5000 orang pengikutnya berkumpul di situ. Siapa dia ? Sampai begitu sekali diagung-agung kan. Subhanallah.


"Masa Himpun Sejuta Umat kat Shah Alam tak nak turut serta plak. tentang aqidah umat islam diketepikan. Manusia diagung-agungkan."

 
Oke, tu satu hal. Isu yang ni pulak tentang Dato` Dr Hassan Ali dipecat daripada ahli jawatankuasa PAS pusat. Kenapa beliau dipecat? padahal beliau seorang yang meletakkan prinsip agama islam di tangga yang teratas sekali. PAS mendakwa beliau telah lari daripada landasan jalan politik PAS. Ke mana prinsip PAS sebelum ni yang menegakkan agama islam? adakah PAS sudah di bawah telunjuk parti politik DAP ? PAS sekarang ni seolah-olah telah menjadi orang kanan DAP yang hanya duduk diam apabila DAP bersuara.


Contoh yang mudah diambil petikan video daripada youtube yang mengenai Nga Kor Ming ahli DUN Taiping yang menghina menteri besar Perak DS Zambry.






Melihat daripada petikan video ni, kita dapat lihat yang orang-orang PAS hanya mampu duduk diam apabila ahli DUN taiping itu menghina orang islam sendiri. MASHA-ALLAH


Takpe lah. Ni baru kehidupan di dunia. Manusia boleh menghukum sewenang-wenangnya. TETAPI di akhirat kelak mulut akan diikat, hanya tangan dan anggota lain yang berkata-kata yang menjadi saksi sepanjang hidup kita di dunia ni. Sebagai insan yang waras kita juga dapat membezakan yang mana baik dan yang mana tak baik. kita harus meletakkan kepentingan agama islam di tingkat tertinggi sekali berbanding dengan hal yang lain. Moga kita mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat kelak.


Aminn.
Baca lagi »

Alasan Kenapa Perempuan Kena Pandai Masak

11 comments
Assalamualaikum.





Hai blogger boys and terutamanya blogger gurlz yang menjadi bahan uji kaji aku pada entry kali ni. Jangan marah ea. Just perkongsian kita bersama oke.


As a gurlz, korang mesti harus patut hendak mahu pasti kena pandai masak. Kalau korang (blogger gurlz) tak tahu masak macam mana korang nak pikat hati  bakal mak mertua? Cakap-cakap mak mertua, kalau nak kahwin masih tak pandai masak, alamat korang dalam keadaan kritikal la tu. Nak nak kalau dapat mak mertua yang sayang kan anak nya. Komfem korang kena pandai masak.


And then cuba bayangkan korang saje saje la lepak kat umah bakal mak mertua, tiba-tiba dia sediakan bahan untuk korang masak sendiri. Lebih ringkas lagi nak testing korang le. Untung kalau korang pandai masak. dia campak katak pun, insyaallah korang bole masak lemak cili padi. Tapi kalau korang tak pandai masak, tak masak korang dibuatnya. Alamatnya CANCEL jadi menantu dia. 


Kepada yang belum pandai masak, banyak banyak kan la buat eseimen and research. tak lupa banyak2 kan la berdoa kepada Allah s.w.t supaya tak dapat mak mertua yang banyak cekadak karenahhehe


Ha, tak lupa gak yang dah pandai masak. korang tak bole goyang-goyang kaki senang lenang. korang kena berinisiatif untuk cari kaedah lain untuk memasak pada waktu-waktu kecederaan, hoho.



contoh yang mudah, pertama korang tak payah masak guna rice cooker. tapi dikukus. ini kaedah tradisional sepanjang zaman. Mana la tahu kan dah kawin nanti tiba-tiba tempat korang asik black-out korang guna la cara ni. gantikan dapur gas dengan dapur arang. tak yah pening-pening nak pikir. betul tak ?


Tapi kita as a boys, kena tahu gak masak. nak nak bila isteri kita mengandung. kita la kena gantikan dorang. tambahan kalau mengidam macam macam, terpaksa la ikut je. tapi lau dah mengidam kereta BMW tu memang dah melampau sangat la. Just ignore it. huhu.


As conclusion, suami dan isteri mesti tahu masak. kerjasama amat penting dalam membentuk keluarga yang disyorkan dalam islam. tapi korang (terutama blogger boys) harus ingat, kalau la kelemahan isteri kita tak pandai masak, saya pasti ada 1000 lagi kelebihannya yang masih kita boleh hargaiInsyaallah korang boleh jadi sebuah keluarga yang disinari dengan cahaya cahaya dari syurga



Aminn..



Baca lagi »

Pujian yang Melampau

0 comments
Assalamualaikum.

Hai, rasa macam da berhabuk aku rasa blog berbualsambal ni. huh, da lama terbengkalai. Nak tengok pon tak lalu.huhu. Takpe2. Kisah lama kita tinggalkan. maklum la da masuk 2012. azam pun mesti nak baru kan?Tak sangka buat tahun pertama aku rasa tak yah sibuk2 nak beli baju skola. zaman kegemilangan aku di sekolah sudah berakhir. yang tinggal hanyalah kenangan semata-mata.






Oke, aku nak tanya, rata-rata la korang suka dipuji tak ? pujian macam mana ? adakah pujian terhadap diri sendiri ? atau pujian yang melampau ? nak dimudahkan cite, komfem la korang kembangkan kalau dipuji. nak nak pujian itu terhadap apa yang kita ada orang lain takde.





Namun, setiap pujian yang kita dapat harus dikembalikan kepada Allah s.w.t. Bagi kita seorang Muslim, nilaikan sesuatu pujian itu. Ini adalah kerana kadang-kadang ditakuti atau dibimbangi dengan beberapa pujian yang kita dapat, kita merasa betapa hebatnya kita ni. seterusnya akan timbulnya sifat riyak. 
Dalam perkara ini, Sayidina Ali bin Abi Talib berkata yang bermaksud :

"Orang yang bersifat riyak itu mempunyai beberapa tanda: malas apabila berada bersendirian tetapi rajin apabila berada di kalangan orang ramai, menambahkan amal kebaikan apabila dipuji tetapi mengurangkannya apabila tiada dipeduli."


Jadi, bagi kita yang hendak memuji pula, pujilah kepada perkara yang elok-elok sahaja. bukan memuji suara sedap menyanyi dan lain-lain perkara yang maksiat. pujilah kepada ciptaan Allah s.w.t. Insyaallah akan menambahkan rasa kecintaan kita terhadap Allah s.w.t.





Aminn.




Baca lagi »
 

Copyright © 2010 • Berbual Sambal • Design by Dzignine