125x125 Ads

Siapa yang Mulia di sisi Allah ?

Assalamualaikum.

Hai, da lama tak dengar habaq bite korang...haha, padahal aku yang da lama tak update blog. da berhabuk aku tengok entry aku ni. sabar je la nak bersihkan ni. huhu

Hari ni aku nak berkongsi sebuah riwayat hadis yang diriwayatkan,



Ketika itu Rasulullah sedang duduk berkumpul dengan para sahabat termasuklah Saidina Abu Bakar , Saidina Umar, Saidina Ali dan lain-lain. Lalu kemudian Baginda menanyakan kepada para sahabat,


"Wahai sahabatku, tahukah kalian siapakah hamba Allah yang mulia di sisi ALLAH ?"(para sahabat terdiam)

Lalu kemudian ada seorang sahabat berkata,

"Para Malaikat ya Rasulullah"

Baginda menjawab,
"YA, para Malaikat itu mulia. Mereka dekat dengan Allah dan sentiasa bertasbih kepada Allah S.W.T. tentulah mereka mulia. tapi bukan itu yang Ku maksudkan.”

Sahabat kembali terdiam. lalu ada seorang sahabat berkata,
"tentu para Nabi dan Rasul ya Rasulullah yang Mulia."

Baginda tersenyum lalu berkata,
"YA, para nabi dan rasul sememangnya mulia. merekalah yang membawa utusan daripada Allah S.W.T di muka bumi ini. Bagaimana mungkin mereka tidak mulia. tapi ada lagi yang mulia ya sahabatku."
  
Para sahabat terdiam dan tertanya,”siapa lagi yang orang yang mulia?”

Hingga seorang sahabat kembali berkata,
ya Rasulullah, adakah kami sahabatmu, adakah kami yang mulia itu ya Rasul?”( Baginda memandang wajah sahabat satu persatu dan baginda tersenyum.)

Baginda berkata,
tentulah kalian mulia, kalian membantu perjuanganKu dan dekat denganKu, bagaimana mungkin kalian tidak mulia. Tapi ada lagi yang mulia.”

Para sahabat terdiam semuanya, mereka tidak mampu berkata apa-apa lagi.
Tiba-tiba nabi Muhammad S.A.W merundukkan wajahnya, tiba-tiba baginda menangis di hadapan sahabat-sahabatnya.

Para sahabat pun tertanya, “Mengapa kau menangis ya Rasulullah?”

Lalu baginda mengangkat wajahnya terlihat bagaimana air mata berlinang membasahi pipi dan janggutnya.

Baginda berkata,
Wahai sahabatku, tahukah kalian siapa yang mulia itu? mereka adalah manusia-manusia yang akan lahir jauh dari wafatku nanti. Mereka sangat menyintai Allah S.W.T dan tahukah kalian mereka tidak pernah melihat wajahku, mereka tidak pernah memandangku, mereka tidak hidup dekat denganKu seperti kalian. Tapi mereka begitu rindu kepadaKu, dan saksikanlah wahai sahabatku semuanya, aku pun rindu kepada mereka. Mereka yang mulia itu adalah

UMMATKU”

Bayangkan baginda menitiskan air matanya semuanya sahabat menangis.

Tolong tanyakan kepada diri korang semua, siapakah yang dirindukan baginda, siapa yang sentiasa didoakan baginda setiap waktu. Demi Allah, sekarang tolong Tanya diri kita masing-masing, Tanya ke dalam hati, sudahkah korang mencintai baginda, tolong bayangkan siapa idola korang selama ini , lihat bagaimana kita lalai kepada baginda, kita bangga dengan artis-artis pujaan, kita bangga dengan pemain-pemain bola sepak. 

Tolong katakan sudah berapa lama kita lalai di dunia, sudah berapa lama kita lalai kepada baginda. Kalau kita ummat baginda, tolong Tanya diri kita. Sudahkah kita mencintai baginda. Sudahkah ada air yang berlinang rindukan baginda.

Mari kita hidupkan rasa cinta kepada baginda. Semoga kelak dipandang mahsyar kita dapat berkumpul bersama-sama dengan Rasulullah S.A.W.




Jazakallahukhair

2 comments:

{ [PCL] } at: 3 Februari 2012 10:58 PTG berkata...

assalamualaikum, salam maulidurrasul.
Baginda Rasulullah saw sangat memuliakan umatnya dan semestinya kita juga wajib lebih dari itu memuliakan ajarannya dengan mentaat perintah Allah swt.

{ Za } at: 4 Februari 2012 7:48 PTG berkata...

subhanallah...sememangnya aku amat merindui nya juga..salam maal hijarah :D

 

Copyright © 2010 • Berbual Sambal • Design by Dzignine