125x125 Ads

Page 18 : Amanah diberi, melunaskan diri

0 comments
Assalamualaikum,


Gambarkan difikiran:

Anda mahu menghantar sesuatu yang amat berharga buat rakan atau keluarga anda di kampong. Malangnya, posmen tidak amanah. Barang kiriman anda telah dirosakkan dan dicuri lantas ia tidak sampai kepada si penerima.

Gambarkan difikiran:

Anda mengumpul 20 sen sehari selama 3 tahun untuk membelisebuah computer. Anda menyuruh abang anda membelikan computer itu setelah penat lelah mengumpul wang,. Malangnya, abang anda tidak amanah. Kesemua duit itu digunakan untuk membeli motosikal baru untuk dirinya.

Gambarkan difikiran:

Anada menjual kuih-muih. Seawal 4 pagi anda bangun untuk membuat persiapan. Anda amanahkan jiran anda untuk menjaga gerai jualan kuih di pasar. Malangnya, jiran anda tidak amanah. Dia tinggalkan begitu saja gerai itu kerana asyik bergyut di telefon dengan teman lelaki. Habis kuih-muih dicuri orang.

Gambarkan difikiran:

Anda terpilih menjadi ketua kelas. Semu orang percayadan yakin dengan kepimpinan anda. Anda tampak hebat. Malangnya, anda sering membiarkan keadaan kelas huru-hara ketika ketiadaan guru. Anda kerap ponteng kelas dan selalu ke tandas untuk merokok dan keadaan kelas menjadi tidak terurus.

Gambarkan difikiran:

Anda ingin pulang ke kampung bersama keluarga. Rumah dijaga oleh seorang lelaki yang telah diupah dengan bayarann yang agak mahal keerana tugasannya 24 jam berkawal menjaga keselamatan rumah yang ditinggalkan. Malangnya, selepas anda pulang dari kampung, anda dapati rumah anda menjadi seperti kapal yang dilanda rebut. Barang kesayangan anda sudah tiada lagi. Lelaki itu tidak amanah. Rupa-rupanya dia telah lari darripada tugasan sejak hari kedua.


Korang da baca beberapa contoh peristiwa di atas, bukan? Marah? Geram? Sakit hati? Nak menangis? Itu baru sedikit.


Bayangkan jika hidup kita dilingkungi dengan ramainya orang yang tidak amanah. Bagaimana? Kita akan sentiasa dalam kesedihan, sentiasa dalam ketidakpercayaan, sentiasa dalam kesedihan, sentiasa dalam kebimbangan dan sentiasa dalam keadaan syak wasangka. Tenttu hidup tidak bahagia bukan?


Ingatlah, amanah begitu penting. Ia bukan hanya tanggungjawab sesame manusia malah lebih penting akan dipantau dan “diberi markah” oleh Allah.


Mungkin anda lupa, menjadi seorang anak dan pelajar juga adalah satu amanah. Setiap hari ibu ayah menberi wang saku ke sekolah dengan harapan anda menjadi anak yang soleh, cemerlang dan tahu mengenang jasa orang tua. Apakah anda telah melaksanakan semua itu? Atau masih leka dengan alam remaja yang melalaikan?


Bagaimana pula dengan amanah seorang pelajar? Jika homework yan g diberi guru pun anda sering abaikan dan guru tidak dihormati sebagaimana yang dituntut, juga sering menimbulkan mlah masalah kepaga guru dan sekolah, maka anda telah mempersiakan satu amanah yang besar.


Diingatkan juga, amanah bermula di rumah. Jika di rumah anda menjadi anak yang degil dan tidak mendengar nasihat, bimbang nanti anda membesar sebagai ahli rasuah, pencuri, pendengki, penipu atau apa saja sifat negatif yang akan menambah dosa anda terhadap Allah s.w.t.


Baca semula kisah-kisah pendek di atas dan anda gambarkan difikiran jika itu semua terjadi kepada anda. Jadi, ayuh kita gilap sifat amanah dan sama-sama kita bimbing rakan dan keluarga kita untuk menjaga amanah dan melaksanakan semua perkara kebaikan dalam hidup kita. Makin banyak perkara baik, makin murah rezeki dan makin molek hati dan budi, insya-Allah.


Amanah itu sifat mulia,
jadi cahaya yang amat indah;
Sifat terpuji orang Berjaya,
Mukmin sejati diberkati Allah.

Amanah itu junjungan amal,
Rasulullah menjadi teladan;
Sifat yang baik biarlah kekal,
Saham kita di hari pembalasan.


Sehingga bertemu di lain entry.


Wassalam.

Baca lagi »

Page 17 : Kawan VS Jangan Kawan

0 comments
Assalamualaikum,


Boleh atau tidak kita hidup tanpa kawan di sisi? Boleh atau tidak hari kita lari atau bersembunyi jika ada orang yang ingin berkawan dengan kita? Boleh atau tidak kita hanya duduk di rumah sepanjang umur kita tanpa bermasyarakat? Boleh atau tidak kita bercakap seorang diri atau dengan peti sejuk yang tidak bernyawa?


Jawapannya sudah tentu tidak boleh kerana orang yang tidak berkawan ini adalah orang yang gagal dalam hidupnya. Boleh diumpamakan seperti kera sumbang – takut hidup masyarakat. Juga, jiwanya kosong, cakapnya kosong, fikirannya kosong, senyumannya kosong – hidupnya kosong.


Jadi noh sangat menggalakkan agar kita hidup ini sentiasalah berkawan – hidup berjemaah. Buka pintu dan jendela hati menerima kawan-kawan baru. Banyak untungnya – selain berkongsi pengalaman, kita juga dapat bertukar-tukar ilmu. Cuma nasihat noh, pilihlah kawan yang sesuai. Biar kita cerewet dalam memilih supaya kita berbahagia di dunia dan juga akhirat. Kawan yang bagaimana?





Imam al-Ghazali ada menerangkan kawan yang baik dan kawan yang tidak baik.


PERTAMA : PILIH kawan yang berakal. JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

KEDUA: PILIH kawan yang berakhlak. JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu.

KETIGA: PILIH kawan yang soleh. JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

KEEMPAT: PILIH kawan yang bersederhana. JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.

KELIMA: PILIH kawan yang bercakap benar. JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.


Jadi, kesemua yang diterangkan di atas membawa maksud: kawan boleh mempengaruhi perjalanan hidup kita di dunia ini. Jika baik berkawan maka baiklah perangai kit, jika jahat berkawan maka jahatlah perangai kita.





Daripada riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Seseorag insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat.”

Wassalam.

Baca lagi »

Page 16 : Warkah Buat Adik

2 comments
Assalamualaikum,


Abang Noh harap adik abang semua sihat walafiat dan dapat menjalani segala ibadah dengan tenang dan penuh keberkatan. Di sini Abang Noh nak sentuh sikit tentang saying-menyayangi, rindu-merindui dan cinta-mencintai.






Sebenarnya dari dulu lagi Abang Noh nak beritahu atau sampaikan sesuatu tentang perasaan dan perasaan ini tetapi baru kali ni Abang Noh berani meluahkannya. Bukan apa, Abangv Noh nampak adik abang ni pun sudah mencapai tahap “young-adult”, jadi Abang Noh fikir inilah masa yang sesuai untuk Abang Noh mencurahkan pengalaman dan nasihat, walaupun Abang Noh tahu adik abang ni akan berasa bosan bila mendengar perkataan “nasihat”. Abang Noh peduli apa, sebab tugas Abang Noh ialah menyampaikan dan menceritakan sesuatu untuk diambil manfaatnya.


Wahai adik abang,


Begini, Abang Noh tahu belajar di sekolah akan menjadi bosan dan menjemukan jika kita hanya belajar-belajar-belajar tanpa membuat atau menyertai aktiviti lain yang sekurang-kurangnya dapat mengurangkan “tension”. Betul?


Juga pemandangan dalam kelas akan menjadi kelam jika setiap hari kita melihat wajah yang sama – hari-hari tengok muka kawan sebelah – seperti tiada wajah lain yang boleh menjadi penyeri mata (gurau saja...harap tidak ada yang menganggap rakan itu sebagai orang yang membosankan). Kemudian kita terfikir, alangkah baiknya jika di sekolah ini ada sesuatu atau seseorang yang boleh menaikkan semangat untuk belajar. Maka mulalah nanti kita mencari sumber inspirasi itu.


Abang Noh masih ingat lagi, dulu di sekolah, seorang kawan Abang Noh menjadikan sebuah pasu bunga yang diletakkan di sebelah kelas menjadi sumber inspirasi (Abang Noh tidak tahu kenapa pasu bunga yang dipilih). Menurut katanya bentuk dan warna pasu bunga itu boleh merangsang minda untuk berfikiran kreatif!


Entah bagaimana, satu hari, apabila kawan Abang Noh datang ke sekolah, pasu bunga itu sudah tiada. Setelah ditanya kepada pak cik tukang kebun, katanya pasu bunga itu telah pecah dan dibuang. Sejak hari itu, hidup kawan Abang Noh seperti tiada panduan. Apa yang dibuat semuanya salah dan seperti tiada semangat lagi untuk hadir ke sekolah. Akhirnya, seorang ustaz menghadiahkannya sebuah tafsir al-Quran dan Alhamdulillah, menjadi kesan yang baik untuk dirinya.


Wahai adik abang,


Begitulah, jika kita telah meletakkan sepenuhnya “soul” kita kepada sesuatu itu sebagai sumber inspirasi, dan apabila berlaku sesuatu yang buruk kepadanya maka hampalah jiwa kita nanti dibuatnya. Samalah juga bagi sesiapa yang menganggap seseorang itu sebagai sumber inspirasi untuk menjadi semangat hadir ke sekolah. Lama-kelamaan, sudah pasti sumber inspirasi itu akan menjadi abang, atau kakak, atau adik angkat yang seterusnya bercambah melahirkan rasa cinta sesame pelajar. Betul?





Satu saja pesanan Abang Noh untuk “pencinta muda” – supaya sentiasa ingat akan amanah kita sebagai seorang pelajar, amanah kita sebagai seorang anak kepada ibu dan ayah kita, amanah kita sebagai murid kepada guru.


Sememangnya perasaan cinta itu sukar untuk dikawal samalah seperti Abang Noh, pernah sayang kat seseorang tetapi percayalah, dengan berdoa kepada Maha Pencipta dan tekad yang ada dalam diri, insya-Allah, dengan izin-Nya ia bukanlah sesukar mana. Jadikanlah al-Quran dan sunnah Rasulullah sebagai pegangan hidup kita untuk terus berjaya di dunia dan di akhirat. Insya-Allah.


Wahai adik abang,


Cukuplah untuk kali ni. Semoga adik abang mengambil manfaat daripada apa yang Abang Noh katakana di sini. Yang baik itu kita jadikan iktibar dan pengajaran dan yang kurang baik itu kita jadikan sempadan. Sampai ketemu lagi di lain kali.


Wassalam.
Baca lagi »

Page 15 : Hidup untuk Peperiksaan?

0 comments
Assalamualaikum,

Kali ini noh berkongsi ilmu yang noh dapat selepas membaca buku yang berjudul “Gen-Q – Generasi Al-Quran kreatif”. Noh ada terbaca artikel yang bertajuk “Hidup untuk Peperiksaan?”. Sudah kita maklum bahawa apabila nak berjaya, kita anggap peperiksaan itu segalanya. Kita terlupa bahawa yang menciptakan kejayaan itu adalah Allah.


Selama ni kita menganggap peperiksaan dan ujian adalah segala-galanya. Gagal peperiksaan umpama runtuhnya langit dan terbelahnya bumi. Kita juga sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan “A” dalam genggaman seperti meniru, menipu, meletakkan nota di dalam tandas untuk dirujuk semasa peperiksaan berlangsung, berpakat bahaasa isyarat dengan kawan sebelah. Itu adalah antara “modus operandi” kita. Betul tak?





Noh pun pernah buat sedemikian. Tipulah kalau korang kata, Korang tak pernah buat 1 di antara perkara di atas. Mesti ada punya. Kan, kan?


Sebenarnya, dari segi reality dan juga rohani, perkara yang utama kita perlu lakukan adalah berbuat baik dengan pemberi kejayaan yakni Allah s.w.t. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. Seiringkan usaha kita dengan doa, kemudian bersyukur.


Itulah perkara asas. Sebelum bercakap pasal solat hajat, qiamulail dan solat dhuha, molek kiranya kita muhasabah solat yang lima. Sebelum berbicara tentang surah-surah pilihan yang elok dibaca sebleu menghadapi ujian, molek kiranya kita muhasabah sama ada al-Quran dipegang dan dibaca.




Ini adalah kerana Allah s.w.t. tidak akan bertanyakan tentang keputusan peperiksaan kita di dunia ini. Subjek utama yang Allah s.w.t. hendak periksa adalah solat kita. Selain itu, perkara syarat yang telah dipandukan melalui al-Quran.


Mungkin kita boleh menggodol semua “A” dalam mata pelajaran di dunia ini tetapi akhirnya apabila diperiksa di akhirat, tiada “A” dalam jiwa; akhlak buruk; akidah lemah; dan semangat selembut lalang ditiup angin.


Jadi kita perlu balik ke jalan yang benar! Jangan terlalu obsess dengan usaha untuk mencapai kejayaan sehingga tidak terjaga hubungan denga Allah s.w.t. Ingat, kejayaan yang sebenar ialah kesungguhan kita berusaha untuk mencapai kejayaan dan bertawakal kepada Yang Maha Esa.


Rafakkan kesyukuran setinggi-tingginya ketika menyambut kejayaan dalam peperiksaan. Kesenorokan yang dikecapi dibayar dengan amal ibadat yang semakin berkualiti. Insya-Allah kejayaan yang dikurniakan itu bakal mewarnai masa depan dengan kehidupan yang lebih bahagia.


Semua orang tahu tentang peperiksaan di Padang Mahsyar. Perhitungan amalan akan dilakukan dan keputusan sama ada ke syurga atau neraka akan diumumkan. Tetapi betapa ramainya manusia hari ini yang terus leka dan lalai serta langsung tidak bersedia untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan penting tersebut.


Adakah kita hidup untuk peperiksaan?


Dan jawapan akan tetap YA. Cuma sejurang-kurangnya hari ini kita sedar, bukan sahaja peperiksaan akademik sahaja yang penting, bahkan peperiksaan amalan akhirat lebih penting yang sepatutnya kita sentiasa bersedia menghadapinya.


Jom kita bersedia untuk menghadapi ujian terbesar hidup ini! Jom kita bersedia untuk menduduki peperiksaan terpenting di alam ini! Jom kita skor “A” dalam peperiksaan sebenar.





Wassalam.

Baca lagi »

#4 Wordless Wednesday

0 comments

Baca lagi »

Page 14 : Biografi al-Imam al-Bukhari

1 comments
Buta pada masa kecilnya. Keliling dunia mencari ilmu. Menghafal ratusan ribu hadis. Karyanya menjadi rujukan utama setelah al-Qur'an.


Lahir di Bukhara pada bulan Syawal tahun 194 H. Dipanggil dengan Abu Abdillah. Nama lengkap beliau Muhammmad bin Ismail bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Bukhari al-Ju'fi.

Beliau digelari al-Imam al-Hafizh, dan lebih dikenal dengan sebutan al-Imam al-Bukhari. Buyut beliau, al-Mughirah, semula beragama Majusi (Zoroaster), kemudian masuk Islam lewat perantaraan gabenor Bukhara yang bernama al-Yaman al-Ju'fi.





Sedang ayah beliau, Ismail bin al-Mughirah, seorang tokoh yang tekun dan ulet dalam menuntut ilmu, sempat mendengar ketenaran al-Imam Malik bin Anas dalam bidang keilmuan, pernah berjumpa dengan Hammad bin Zaid, dan pernah berjabatan tangan dengan Abdullah bin al-Mubarak.


Sewaktu kecil al-Imam al-Bukhari buta kedua matanya. Pada suatu malam ibu beliau bermimpi melihat Nabi Ibrahim al-Khalil 'Alaihissalaam yang mengatakan,  



"Hai Fulanah (yang beliau maksud adalah ibu al-Imam al-Bukhari, pent), sesungguhnya Allah telah mengembalikan penglihatan kedua mata putramu kerana seringnya engkau berdoa."



Ternyata pada pagi harinya sang ibu menyaksikan bahwa Allah telah mengembalikan penglihatan kedua mata putranya.


Ketika berusia sepuluh tahun, al-Imam al-Bukhari mulai menuntut ilmu, beliau melakukan pengembaraan ke Balkh, Naisabur, Rayy, Baghdad, Bashrah, Kufah, Makkah, Mesir, dan Syam.Guru-guru beliau banyak sekali jumlahnya. Di antara mereka yang sangat terkenal adalah Abu 'Ashim an-Nabiil, al-Anshari, Makki bin Ibrahim, Ubaidaillah bin Musa, Abu al-Mughirah, 'Abdan bin 'Utsman, 'Ali bin al-Hasan bin Syaqiq, Shadaqah bin al-Fadhl, Abdurrahman bin Hammad asy-Syu'aisi, Muhammad bin 'Ar'arah, Hajjaj bin Minhaal, Badal bin al-Muhabbir, 'Abdullah bin Raja', Khalid bin Makhlad, Thalq bin Ghannaam, Abdurrahman Al Muqri', Khallad bin Yahya, Abdul 'Azizi al-Uwaisi, Abu al-Yaman, 'Ali bin al-Madini, Ishaq bin Rahawaih, Nu'aim bin Hammad, al-Imam Ahmad bin Hanbal, dan sederet Imam dan ulama ahlul hadis lainnya. 





Murid-murid beliau tidak terhitung jumlahnya. Di antara mereka yang paling terkenal adalah al-Imam Muslim bin al-Hajjaj an-Naisaburi, penyusun kitab Shahih Muslim.


Al-Imam al-Bukhari sangat terkenal kecerdasannya dan kekuatan hafalannya. Beliau pernah berkata,  


"Saya hafal seratus ribu hadis shahih, dan saya juga hafal dua ratus ribu hadis yang tidak shahih". Pada kesempatan yang lain beliau berkata, "Setiap hadis yang saya hafal, pasti dapat saya sebutkan sanad (rangkaian perawi-perawi)-nya." 


Beliau juga pernah ditanya oleh Muhamad bin Abu Hatim al-Warraaq,

"Apakah engkau hafal sanad dan matan setiap hadis yang engkau masukkan ke dalam kitab yang engkau susun (maksudnya : kitab Shahih Bukhari)?"


Beliau menjawab,  

"Semua hadis yang saya masukkan ke dalam kitab yang saya susun itu sedikit pun tidak ada yang samar bagi saya."


Anugerah Allah kepada al-Imam al-Bukhari berupa reputasi di bidang hadis telah mencapai puncaknya. Tidak menghairankan jika para ulama dan para Imam yang sezaman dengannya memberikan pujian (rekomendasi) kepada beliau.


Berikut ini adalah sederet pujian (rekomendasi) termaksud: Muhammad bin Abi Hatim berkata,  
 
"Saya mendengar Abu Abdillah (al-Imam al-Bukhari) berkata, "Para sahabat 'Amr bin 'Ali Al Fallaas pernah meminta penjelasan kepada saya tentang status (kedudukan) sebuah hadis. Saya katakan kepada mereka, "Saya tidak mengetahui status (kedudukan) hadis tersebut."

Mereka jadi gembira dengan sebab mendengar ucapanku, dan mereka segera bergerak menuju 'Amr. Lalu mereka menceriterakan peristiwa itu kepada 'Amr. 'Amr berkata kepada mereka,  


"Hadis yang status (kedudukannya) tidak diketahui oleh Muhammad bin Ismail bukanlah hadis."


Al-Imam al-Bukhari mempunyai karya besar di bidang hadis iaitu kitab beliau yang diberi judul al-Jami' atau disebut juga ash-Shahih atau Shahih al-Bukhari.

Para ulama menilai bahwa kitab Shahih al-Bukhari ini merupakan kitab yang paling shahih setelah kitab suci al-Quran. Ketakwaan dan keshalihan al-Imam al-Bukhari merupakan sisi lain yang tidak pantas dilupakan. Berikut ini diketengahkan beberapa pernyataan para ulama tentang ketakwaan dan keshalihan beliau agar dapat dijadikan teladan.


Abu Bakar bin Munir berkata,  


"Saya mendengar Abu Abdillah al-Bukhari berkata, "Saya berharap bahawa ketika saya berjumpa Allah, saya tidak dihisab dalam keadaan menanggung dosa ghibah (menggunjing orang lain)."
Abdullah bin Sa'id bin Ja'far berkata, "Saya mendengar para ulama di Bashrah mengatakan, "Tidak pernah kami jumpai di dunia ini orang seperti Muhammad bin Ismail dalam hal ma'rifah (keilmuan) dan keshalihan."


Sulaim berkata, "Saya tidak pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri semenjak enam puluh tahun orang yang lebih dalam pemahamannya tentang ajaran Islam, lebih wara' (takwa), dan lebih zuhud terhadap dunia daripada Muhammad bin Ismail."


Al-Firabri berkata, "Saya bermimpi melihat Nabi Shallallaahu 'Alaihi Wasallam di dalam tidur saya." Beliau Shallallaahu 'Alaihi Wasallam bertanya kepada saya, "Engkau hendak menuju ke mana?" Saya menjawab, "Hendak menuju ke tempat Muhammad bin Ismail al-Bukhari." Beliau Shallallaahu 'Alaihi Wasallam berkata, "Sampaikan salamku kepadanya!"


Al-Imam al-Bukhari wafat pada malam Idul Fitri tahun 256 H. ketika beliau mencapai usia enam puluh dua tahun. Jenazah beliau dikuburkan di Khartank, nama sebuah desa di Samarkand. Semoga Allah Ta'ala mencurahkan rahmat-Nya kepada al-Imam al-Bukhari.
-------------

Baca lagi »

#3 Wordless Wednesday

2 comments

Baca lagi »

Page 13 : Sekadar Ingatan

3 comments
HIDUP = SEGELAS CAWAN

Cuba anda perhatikan gelas. Gelas yang kosong. Bayangkan itu waktu hidup seharian kita. Kita mempunyai 24 jam. Dalam tempoh 24 jam, hal kebaikan dan hal keburukan akan berperang untuk mengisi gelas yang kosong tadi.






Jika air jernih kebaikan yang terisi dalam gelas tersebut, alangkah cantiknya. Jika sebaliknya, air hitam pekat busuk yang mengisi gelas tersebut, alangkah jijiknya. Justeru, kita perlu isi kehidupan kita sebanyak-banyaknya dengan kebaikan. Sentiasa melakukan amal soleh. Isi kehidupan dengan membuat kebaikan sebanyak-banyaknya.


Apabila menyebarkan kebaikan, kita akan rasa lega. Kita akan rasa tenang. Kita juga rasa bahagia kerana membahagiakan orang. Pernahkah anda merasakan sedemikian? Jika belum, cuba anda memberikan pertolongan kepada orang lain, anda akan rasa gembira dan puas. Insya-Allah. Bertaubat dan berdoa hanya salah satu dari banyak usaha. Ada orang menyangka, untuk berhenti daripada melakukan dosa, hanya sekadar berdoa dan solat taubat.


TIDAK !! SESEKALI TIDAK..


Usah menoktahkan usaha setakat berdoa dan solat taubat. Anda perlu melakukan lebih daripada itu. Kerana apa? Kerana Syaitan tidak pernah sesaat pun berhenti daripada menyesatkan manusia. Dan ketahuilah, Syaitan itu musuh kamu yang nyata!






Meskipun Syaitan mengalir dalam pembuluh darah manusia, ingatlah, Allah itu lebih dekat daripada urat leher kita. Allah sentiasa ada. Dia ada untuk melindungi hamba-hamba-Nya daripada godaan syaitan.


Hamba manakah yang akan bebas daripada godaan Syaitan?

Hanyalah hamba-hamba Allah yang ikhlas.
Maka, sama-sama melatih diri untuk ikhlas dalam melakukan sesuatu. Semua yang kita lakukan harus bermatlamatkan Allah.
Redha-Nya. Rahmat-Nya.


Akhirnya, selain doa dan solat taubat, isilah dan sibukkanlah kehidupan anda dengan sebanyak-banyaknya amalan kebaikan. Jauhkan diri anda daripada pintu-pintu dan amalan-amalan kejahatan.


Contoh amalan kebaikan ialah solat berjemaah, menghadiri ceramah, kuliah, solat-solat sunat rawatib, bacaan al-Quran, zikir kepada Allah, usrah, bangun qiamullail, bacaan al-Mathurat dan sentiasa mendampingi orang-orang soleh dan alim.
Baca lagi »

Selamat Hatri Raya Aidilfitri

0 comments

Baca lagi »

Page 12 : Hukum menonton wayang ????

2 comments
Assalamualaikum.

Hai, rasa macam lama nye noh tak update blog ni. Nak kata busy, takde la busy sangat. Biasa la buat preparation untuk raya. Nak cerita apa ea?? erm,  noh nak bercerita ni. Masa 2nd last puasa, noh ngan kwan, red pergi tengok wayang kat jusco tebrau. Kitorang tengok cerita FINAL DESTINATION 5. Akak yang jual tiket ue cakap yang filem ni 18 keatas je boleh tengok. Dengan rasa teruja nya kitorang beli la. Tapi kitorang beli tiket yang start kul 8pm. Huh, da lepas buka. heehe.

Lepas je solat maghrib, kitorang gerak g wayang tu. Masa kitorang tengah tunggu ni, noh pelik asal la ramai orang non-muslim. Rasa tak sedap hati plak. padahal dalam hati teruja nak tengok. hehe.. maybe orang muslim tengah rehat2 kat umah kot, tu yang xda ue. Overall, cerita ue xda la best sangat. Adegan seram nya pon kurang, lagi okey yang lepas lepas. Aksi yang terlampau pun xda. Nasib baek, kalau tak rasa berdosa je beli tiket ue. hehe

Noh pernah tertanya-tanya, "Apa hukum tengok wayang??Ustaz noh pernah cakap yang tengok wayang ni haram coz banyak kemungkaran kat dalam nye. Nak lagi tepat lagi, banyak maksiat. Tapi noh pergi bukan nya kearah tu. Noh nak maju kan industri filem tempatan. Ceh, padahal tengok cita orang puteh. hehe.. Noh pun tak tahu sangat hukum nya. Tetiba je hati noh ni tergerak untuk g laman web iluvislam.com. Kat cini la noh baru tahu hukum tengok wayang ni apa sebenarnya.



Hukum tengok wayang diharuskan jikalau tanpa ada perkara-perkara yang menyalahi syariat Islam. Tetapi jika terdapat perkara-perkara yang menyalahi syariat maka ia tidak dibolehkan. Haram la ue.. Maklum la sekarang ni orang tengok wayang bercouple-couple. Duduk kat couple sit plak ue. Tu yang wat kan jadi haram. yang sedih nya, orang melayu kita, islam plak ue. Tolong la, jangan la buat perkara yang boleh jatuh kan nama baik umat islam yang lain. kalau tak tahan sangat, g la kawin dulu, pastu buat la apa yang nak buat. ni TAK, sekarang ni sebelum kawin bercinta bagai nak rak, berkepit sana, berkepit sini. tapi bila da kawin, jalan sebelah pun da tak nak. "Awak jalan la dulu, abang follow dari belakang." Konon nye tak nak jatuh market la. Tak paham noh. Lebih baik bercinta ala kadar, pastu da kawin baru nak mesra2. Betul tak?? Tengok macam orang dulu dulu, jodoh keluarga yang tertentu kan. Korang tengok, atok nenek korang, ade mak ayah korang yang sampi sekarang still sama2, bahagia lagi ue.




ohhhhhhhhhh......dah jauh pergi nya. Niat hati nak cerita pasal wayang je, ni da jauh sampi bab kawin kawin ni. Sorry Sorry Sorry. tetiba noh emosi plak ni. hehe. Anyway, apa yang noh nak cakap kan mintak mintak la sampai kat korang ye. Moga moga kita semua dapat manfaat sama sama ye.

Dikesempatan ni gak, noh nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" kat kawan kawan yang kat facebook, BCR, n semua la yang mengenali noh. Noh harap korang tak terasa hati ea. Kita buka lembaran baru, tutup kisah lama yang memedihkan. Noh harap raya tahun ni memberi kita seribu erti. 

Wassalam. 












Baca lagi »
 

Copyright © 2010 • Berbual Sambal • Design by Dzignine