125x125 Ads

GLOBAL MARCH TO JERUSALEM

1 comments
Assalamualaikum,




Hai, kepada umat Islam sekalian.


Adakah kita tahu tanggungjawab kita terhadap Palestin?


Pasti ada orang menanyakan kenapa Palestin ? Sedangkan rakyat Malaysia ada jugak yang susah.


Adakah kita mampu berdiam diri dan membisu ?


Ayuh syabab syabab sekalian, masanya sudah tiba. Marilah kita berkongsi rasa berkongsi keprihatinan dan berkongsi susah senang terhadap saudara kita di Bumi Palestin. Kita pernah dengar kegagahan Salehuddin Al-Ayubi dalam mempertahankan hak umat Islam di Palestin.


Ingatlah, "Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang saudaranya sesama Islam, mereka bukan termasuk dalam kalangan kami." (Maksud Hadis)


Cuba bayangkan, kita lahir di sebuah negara, keluarga kita di sana, kebahagiaan kita di sana jugak. tiba tiba suatu hari ada orang asing datang dan menghalau kita daripada negara kita itu. Apakah kita rasa? adakah kita akan mampu mendiamkan diri? HAK kita pasti kita pertahankan. Samalah seperti Palestin. hari hari mereka dihujani peluru zionis LATNATULLAH, ratusan nyawa yang tidak berdosa terkorban saban hari, ruamh rumah mereka di bom, sekolah mereka di hancurkan, dan yang paling penting, Masjid AL-Aqsa diceroboh. Adakah kita mampu mendiamkan diri ? Sedarlah wahai sahabatku, mereka (rakyat Palestin) menunggu pertolongan daripada kita.





AYUH BANGKIT, usah bagai "lembu dicucuk hidung." sudah menjadi kewajipan kita untuk membantu saudara kita di Palestin. Walaupun kita tidak mampu berada di front liner, kita boleh menyalurkan bantuan dalam bentuk wang ringgit, tenaga, mahupun idea yang berkaitan dengan Palestin.


“Tidaklah berlaku Qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu & pohon kayu; lalu batu & pohon kayu itu berkata : “Hai org Islam! Ini, org Yahudi ada di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah dia!”, kecuali pohon Gharqad, kerana sesungguhnya pohon itu adalah drpd pohon Yahudi.“. InsyaAllah. Jom sama-sama menjaga agama Allah. Selamatkan Palestin, Bebaskan Al Aqsa. 
Minta sebarkan
 
 
 
Jazakallahu khairan




Baca lagi »

BCR Kontest 2# | How I Met BCR

9 comments
Assalamualaikum,






Hai kepada blogger blogger malaysia yang tak kering ilmu untuk dikongsikan bersama. Entri kali ni Noah nak berkongsi pengalaman , suka duka selama Noah berada di BCR (Blogger Chat Room).


"Sesebuah persahabatan tidak akan terjalin jika tidak ada perkenalan."


Pada mulanya, Noah pun tak tahu apa itu BCR ... sehinggalah dipertemukan oleh sahabat Noah yang merangkap sebagai admin BCR (2nd big Boss) , Red ..  Kenal tak ? kalau tak kenal tak tahu la.. nak cakap femes takda la femes mana pun..pasan je lebih.. hihihi (maaf red). tak berapa ingat tarikh sebenar, tapi dalam akhir tahun lepas sebelum STPM. First time tengok memang serabut kepala otak. dengan ikon ntah pape je. "flying kick la, bunuh la, broom broom la n etc." Bermulalah kisah suka duka aku di chatroom ni.


"Tak kenal maka Tak CINTA, tapi bila da CINTA, tak terbuat keje keje yang lain. Asik nak mengadap BCR je.. addict !!!!" hihi


Siang malam silih berganti, daripada biru da jadi hijau, bila la nak merah ni. Tu la cita-cita Noah masa mula-mula masuk BCR. nak merah jugak. Abis penat nur jack jack Jejaka Terhangat supaya naik Noah admin, tapi misi murni tersebut tak penah berjaya. Takpe la. Kita tahu, siapa la kita ni. (nada sedih). Tapi sekarang ni JT da lepaskan jawatannya kat CL (Cik Lembu Ladies). Sedih gak la bila dapat tahu JT da tak take over jadi owner BCR lagi. Banyak yang Noah dapat daripada JT (abang long BCR)...


“Bila la gath kat Johor plak ea ? “


Hatiku sayu apabila melihat gelagat dan karenah kanak-kanak riang di bawah .
 

Kak N (kak long BCR), Zaza (Nenek lampir), Yuu Hidayu (selalu cari pasal ngan aku)

 
walaupun takda kat situ, tetap ku rasa kedinginan persahabatan mereka... ^^



masing masing tunjuk belang mereka.. 

 betul lapar tengok Jejaka Terhangat makan.. (orang kuat BCR)


*takpe takpe.. ada ubi ada batas, ada hari boleh ku balas.. :wargh


 banyak yang Noah dapat daripada BCR ni. contoh, dapat lepaskan  geram.. seronok bila tengok icon yang ganas ganas..rasa macam diri ni gangster internet plak..haha...tapi yang paling penting mengajar Noah tentang erti persahabatan.. walaupun ada terasa dekat seseorang, tapi biasa lah. kita manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. sebab kesilapan itulah yang akan mengajar kita untuk menjadi manusia yang lebih baik.


"Tidak sempurna iman seseorang itu apabila dia tidak menyanyangi saudaranya seperti mana dia menyanyangi diri mereka sendiri."


untuk pertama kalinya Noah nak tag 




*takda nait pun nak menang, ramai lagi yang lagi best.... yang penting 
, "ukhwah fillah abadan abada"

Wassalam..


Baca lagi »

Waktu ?

1 comments
Assalamualaikum, 


Hai blogger sekalian. Pada hari Jumaat , Sayyidul Ayyam ni aku nak berkongsi apa yang aku dapat dalam khutbah solat Jumaat di Surau Jumaat Impian Emas, Johor tadi. 


Firstly tadi aku pegi solat agak awal sebab kena jumpa pengerusi pengerusi surau dan masjid di daerah Johor Bahru. tapi bukan itu yang aku nak share...huhu...





Demi waktu? Adakah kamu dalam kerugian ?


As-Syahid Hassan al-Banna mengatakan bahawa waktu itu merupakan kehidupan. ini bermakna waktu adalah lebih berharga daripada emas. Biasa orang cakap , "Masa itu ibarat emas". betul tak ?


Pernah korang mendengar , "Rebutlah kamu lima perkara sebelum lima perkara" ?


Rasulullah S.W.T pernah bersabda dengan perkataan di atas. 

"Rebut masa muda kamu sebelum saat tuamu, waktu sihat kamu sebelum waktu sakitmu, waktu kaya kamu sebelum kamu miskin, masa lapang kamu sebelum kamu sempit dan masa hidup kamu sebelum kamu mati."


Sesungguhnya waktu muda inilah merupakan waktu yang paling kuat di antara waktu kanak-kanak dan waktu tua nanti. Jadi, marilah kita sementara ada kudrat dan kekuatan untuk kita memperbanyak amal ibadat kepada Allah S.A.W supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.


Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata,

"Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi, dan apabila engkau berada di waktu pagi, janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau dari masa mati engkau."





Suka aku ingatkan diri sendiri dan para sahabat blogger sekalian, waktu muda inilah waktu yang paling baik untuk kita beribadat kepada Allah S.A.W. yela, kebiasaannya masyarakat hari ini sering mengendahkan bab bab agama. sebab diorang beranggapan , "kalau da tua nanti baru nak bertaubat, masa muda ni kita enjoy dulu." betul tak ? itu la..banyak sangat diorang disogokkan dengan hal hal duniawi. 


"Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaqwa."


Insyaallah di lain kesempatan kita berkogsi ilmu ea. Harap korang pun tak jemu ea jengok jengok blog berbual belacan sambal ni...


Highlight :
1 Jun - 3 Jun 2012 





Aminn..
Baca lagi »
 

Copyright © 2010 • Berbual Sambal • Design by Dzignine