125x125 Ads

Page 11 : Janganlah Sekadar Berpuasa

0 comments
Assalamualaikum,



Kita lihat disekeliling kita, ramai manusia menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Ini adalah satu situasi yang baik dan sangatlah beruntungnya seseorang itu apabila menunaikan ibadah ini dengan penuh tawaduk dan semata-mata kerana Allah s.w.t.


Alangkah ruginya seseorang itu apabila meninggalkan ibadah puasa ini yang telah difardhukan keatas tiap-tiap seorang muslim. Tersangatlah ruginya. Di bulan Ramadhan ini apa sekalipun ibadah yang kita lakukan pastinya akan dilipat gandakan pahalanya. Bagaimana pula dengan dosa? Adakah melakukan satu dosa di bulan Ramadhan juga akan dilipat gandakan dosanya? Wallahu Alam. Anda sendiri tafsirkannya.


Apa yang dikatakan pula meninggalkan satu kefardhuan yang lain? Contohnya seorang muslim itu menunaikan ibadah puasa tetapi dengan sengaja meninggalkan kewajipan yang lain seperti tidak menutup aurat dengan sempurna terutamanya kepada wanita muslimah. Walhal menutup aurat itu adalah suatu kewajipan keatas tiap-tiap muslimah di atas muka bumi ini walau dimana mereka berada. 


Tetapi mengapa mereka meninggalkannya? Masakan boleh seseorang wanita muslimah itu melakukan ibadah puasa yang hanya 30 hari dalam setahun tetapi mendedahkan aurat  mereka 365 hari setahun!!. Sedangkan menutup aurat itu adalah bersifat sentiasa tidak boleh tidak mendedahkan aurat walau satu hari pun. Itu tidak termasuk mereka yang memakai perhiasan yang berlebihan(makeup) dan juga minyak wangi. Yang sudah tentunya haram bagi mereka sekiranya menunjukkan kepada lelaki yang bukan muhrim.


Begitu juga pada mereka yang menunaikan ibadah puasa tetapi pada masa yang sama sengaja meninggalkan solat fardhu. Mungkin mereka menunaikan solat fardhu pada bulan Ramadhan bagi menghormati bulan ini tetapi meninggalkan solat fardhu selepas berlalunya ibadah puasa. Adakah tindakan ini betul? 


Adakah ini yang diajar dan disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada umat manusia? Sedangkan solat fardhu diwajibkan ke atas umat muslimin dan muslimat sepanjang masa selagi kita masih hidup. Jadi mengapakah kita masih meninggalkannya?


Seperti kata Imam Ghazali, ramai manusia yang berpuasa tetapi cuma dapat lapar dan dahaga sahaja. Apa yang diharapkan untuk mendapat pahala di dalam bulan Ramadhan ini langsung tiada. Cuma penat yang menerpa. Maka sia-sialah usaha mereka untuk mendapat keampunan Allah s.w.t dibulan mulia ini. Nauzubillah.


Pada akhir tazkirah tersebut, ustaz berpesan supaya kita takut pada Allah s.w.t yakni sentiasa bertaqwa kepadaNYA walau apa yang kita lakukan. Taqwa itu adalah wasiat nabi. Selalunya lepas solat Jumaat kita pasti mendengar khatib akan berkata "Ittaqullah" yang bermaksud takutlah kepada Allah. Oleh itu marilah kita bersama-sama menyampaikan kepada umat Islam terutamanya kepada keluarga,sahabat-sahabat dan umat muslimin dan muslimat mengenai hal ini.





"dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 184)
 
 
.
Baca lagi »

#2 Wordless Wednesday

14 comments

Assalamualaikum.






Credit to sayadoodle.com



.
Baca lagi »

Page 10 : Cinta Marikh dan Zuhrah.

0 comments
Assalamualaikum..

 

Saya ingin memetik anologi yang menarik berkenaan cinta daripada John Gray yang menceritakan mengenai ketidaksamaan ini. Secara analoginya, lelaki berasal dari planet Marikh, manakala wanita pula berasal dari planet Zuhrah. Sebelum ini mereka hidup dalam puak masing-masing. Mereka ditakdir berjumpa dan akhirnya jatuh cinta antara satu sama lain. Tarikan yang wujud dan kepercayaan bahawa mereka mampu bahagia telah membuatkan pasangan ini mengambil keputusan untuk hidup bersama.


Mereka kemudiannya mula hidup sebagai pasangan dan membina kehidupan yang bahagia di bumi. Sedikit demi sedikit mereka berusaha membina keluarga bahagia yang diingini. Setelah menetap lama di bumi, mereka mula melupakan asal-usul kisah sendiri. Mereka lupa bahawa mereka sebenarnya berbeza antara satu sama lain. Mereka adalah berlainan sejak awalnya kerana datang dari planet yang berbeza. Perkara ini seterusnya mencipta konflik. Mereka beranggapan bahawa mereka adalah sama satu sama lain. Namun begitu yang pasti, tanggapan mereka salah.


Sang Marikh mahu dirinya difahami. Tetapi bahasa cinta ini tidak dapat difahami oleh Sang Zuhrah. Sang Marikh cuba menjauhkan diri untuk mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Kelakuan yang dilakukan oleh Sang Marikh membuatkan Sang Zuhrah menyangka bahawa pasangannya telah berubah. Begitu juga yang berlaku pada Sang Zuhrah. Kod yang ada padanya membuatkan dia mahu selalu ditemani. Dia mahu Sang Marikh sentiasa bersamanya. Namun begitu, Sang Marikh bertindak membiarkannya keseorangan apabila sesuatu masalah berlaku. Sang Marikh percaya bahawa dengan membiarkan Sang Zuhrah untuk sementara waktu akan memberi ruang dan kelegaan kepadanya. Tetapi anggapan Sang Marikh silap!

 
Bahasa cinta Sang Zuhrah adalah tidak sama dengan Sang Marikh. Sang Marikh merupakan seorang yang suka menyendiri apabila terdapat masalah. Apa yang diperlukannya adalah ruang untuk berfikir sebelum kembali kepada Sang Zuhrah berbanding Sang Marikh. Dia mahu ada orang di sisi untuk membelainya dalam proses memenuhi kod emosinya.


Tetapi, disebabkan kegagalan untuk memahami bahasa cinta yang berlainan, mencetuskan konflik. Sang Marikh sentiasa menyalahkan Sang Zuhrah kerana tidak memberi ruang padanya. Sang Zuhrah pula menyalahi Sang Marikh kerana Sang Marikh sering tidak ada dan meminggirkannya. Pergaduhan berlaku dan akhirnya berlaku kes lebih teruk lagi iaitu perpisahan. Hal ini gara-gara Sang Zuhrah dan Sang Marikh lupa pada asal usul pasangan dan diri mereka. Mereka menganggap diri mereka  adalah sama tetapi sebenarnya  berbeza disebabkan datang daripada planet yang berlainan.





Kesimpulannya, jangan dilupakan perbezaan yang ada pada diri. Kita adalah unik dan sudah tentu cara pemikiran adalah berbeza. Namun begitu, ianya dapat difahami dengan memahami bahasa cinta pasangan. Satu nasihat yang dikongsi oleh John Gray adalah sentiasa mengingati kita adalah berbeza.


 
Terima kasih



.
Baca lagi »

Alepridz Cookies Give Away.

6 comments
Assalamualaikum.



Hari ni noh nak join kontes yang dianjurkan oleh Alperidz. Siapa taknak cookies percuma kan.? Syarat nak join.? Klik SINI .



Kalau nak join klik SINI


Okay harap korang enjoy dengan filem ni. HAHA.





Noh nak tag sekali Reyyn dari BCR. :)


.

Baca lagi »

Page 9 : Tinggi dan Rendah

4 comments
Assalamualaikum,


Dalam dunia ini, ada yang tinggi dan yang rendah, yang miskin dan yang kaya, yang pandai dan yang kurang pandai, yang berpelajaran tinggi dan berpelajaran rendah, yang tahu banyak dan tahu sedikit, yang berjawatan tinggi dan berjawatan rendah, yang rumah besar dan rumah kecik, yang kereta besar dan kereta kecik, dan sebagainya.


Tapi kita harus tau, di sisi Allah, siapa yang lebih mulia. Hidup ini bukan utuk kaya atau mempunyai harta yang serba serbi, tapi untuk mendapatkan kebahagian yang abadi. Allah kasihkan orang yang bertaqwa. Allah tidak memandang harta dan paras rupa, kerana pada akhirnya, hanya hati yang akan membawa kita ke syurga atau neraka.





Sama ada kita kaya atau miskin, disisi Allah kita adalah sama. Hanya ketaqwaan yang dapat membezakan darjat antara kita. Sebagai umat islam kita hendaklah berusaha untuk ke arah keberkatanNya dunia dan akhirat.


"Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat." (Surah Al-Fatihah 1: Ayat ke 6-7)



Wassalam
.
Baca lagi »

Page 8 : Malaikat Izrail! Please bagi AKU peluang..

0 comments
Bismillahhirrahmanirahim,

Selalu kita dengar melalui ustaz, ustazah, ceramah agama, televisyen dan kita baca melalui iluvislam.com sendiri bahawa solat itu tiang agama, juga merupakan amalan pertama yang akan dihisab di Akhirat, solat itu wajib dan banyak lagi tentang amalan yang satu ini..
Tetapi sekerap mana kita laksanakan amalan yang fardhu ini? Ada yang jawab,

"Mestila aku solat 5 waktu.. Subuh, Zohor, Asar, Magrib, Isyak."

Ada juga yang jawab,

 "Eish, soalan ni budak tadika pun reti jawab. 5 kali lah. Tapi aku buat tiga kali je, kadang-kadang dua kali..ikut mood lah."

Mungkin anda juga pernah dengar ada yang menjawab, "

Solat? Penting sangat ke..? Entah, aku tak pernah kisah pun nak solat-solat ni. Aku bukan alim pun nak solat-solat ni."

Excuse me! Minta perhatian ye saudari, saudara yang dilahirkan ISLAM dan didalam IC tertera perkataan ISLAM..

Solat diamanahkan BUKAN untuk orang alim-alim sahaja. Sesiapa sahaja yang beragama ISLAM, WAJIB menunaikan solat 5 waktu yang diamanahkan Allah S.W.T. Tidak ada wujud istilah terpulang pada diri masing-masing kerana kubur asing-asing. Walaupun kubur memang asing-asing tetapi sekurang-kurangnya kalau kita tidak diseksa kerana tidak menunaikan solat tak ada lah jiran sebelah kubur kita tu terpaksa tutup telinga dengar awak menjerit terlolong kena seksa nanti!
Dulu aku pun pernah terfikir sambil merungut,

"Kenapa la kena solat.. kan leceh?"

Lepas tu bila aku sudah berilmu sedikit aku terfikir pula macam ni,

"Nampaknya dah nak habis waktu ni, kalau solat pun belum tentu diterima. Takpe lah esok je lah solat."

Kadang-kadang otak aku berfikir juga macam ni dek kerana hasutan syaitan-syaitan durjana,

"Aku ni dah pernah buat banyak dosa. Dosa besar, dosa kecil, kalau aku solat pun mesti tak sah. Jadi, tak payah la solat."

Ataupun begini,

"Alah, aku ni tua muda lagi. Kalau tahun depan baru start solat pun takpe."

Astagfirullahalazim! Ya Allah ampunkan lah dosa-dosa aku selama ini kerana sering mempersoalkan tuntutan-Mu suatu ketika dahulu!"
Rakan-rakan sekelian, tujuan aku menaip artikel ini bukanlah untuk memesongkan akidah sesiapa dan mengajar rakan-rakan berfikiran negatif seperti yang diatas. Tidak sama sekali! Aku cuma sekadar ingin mengingatkan antara satu sama lain dan diri sendiri kerana aku hanya manusia yang sering melakukan kesilapan. Aku juga jahil tetapi ilmu yang dipelajari serta nasihat yang berterusan Insya-Allah dapat mengurangkan kejahilanku dan menambahkan ilmuku terhadap Islam yang aku anuti sejak kecil ini.
Allah beri kita telinga bukan untuk dengar lagu-lagu favourite kita semata-mata. Allah kurniakan telinga kepada kita agar kita dapat mendengar AZAN iaitu seruan kepada umat Islam untuk menunaikan solat pada setiap waktu-waktunya. Ada juga alasan belum sampai seru untuk menunaikan solat yang pernah ku dengar daripada mulut-mulut mereka yang gemar memberi alasan. Come on! Kalau AZAN yang sekuat-kuat tu pun dikatakan tidak sampai seru lagi agak-agaknya nak kena kuat macam mana lagi ya?
Yang paling hairan bila Terawih bukan main laju pergi masjid. Siap ada yang kutuk-kutuk manusia-manusia yang tidak pergi Terawih pula.. padahal Terawih itu amalan sunat. Sedangkan amalan wajib yang 5 waktu tu tidak pula mereka laksanakan. Kalau laksanakan pun mungkin lopong-lopong. Lebih banyak lopong daripada yang terisi. Itulah realiti sebilangan umat manusia yang mengaku ISLAM tetapi tidak langsung menjaga amalan yang diwajibkan oleh Islam itu sendiri.
Tidak guna kaya harta kalau tidak reti bersyukur yakni menunaikan solat kepada Allah yang memberi rezeki.
Tidak guna pandai kalau tidak reti berterima kasih yakni menunaikan solat kepada Allah yang memberi kebijaksanaan.
Tidak guna dipuji dan berstatus tinggi jika tidak reti memuji Allah yakni menunaikan solat kepada Allah yang berhak menerima segala puji-pujian.
Tidak guna hidup lama jika tidak reti bertafakur yakni menunaikan solat kepada Allah yang mengurniakan ruh, jasad dan nyawa.
Tidak guna kita mengejar nikmat dunia semata-mata dan lupa bahawa dunia ini hanyalah persinggahan yang tidak pasti. Gunakanlah kaki dan tangan yang Allah kurniakan untuk bersujud dan berdoa kepada-Nya.
Aku pasti semua yang membaca artikel ini masih bernafas dan hidup, samada sihat atau tidak itu tidak penting. Yang penting, rakan-rakan masih ada peluang untuk memohon keampunan-Nya dan bertaubat.



Jangan nanti, bila ruh dah sampai ke tekak (dicabut) ketika itu barulah memikirkan dan berteriak....

"Malaikat Izrail! Please bagi peluang, I nak solat dulu!"

- Nasihat dan peringatan untuk semua umat Islam termasuk diri sendiri.

sumber ilham :  http://mardiana-nanasecom/
Wallahualam.
Baca lagi »

#1 Wordless Wednesday

7 comments
Assalamualaikum.




Terima kasih sudi datang.
.
Baca lagi »

Page 7 : Power of Dzikir

0 comments
Ingatlah;
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw. bersabda:
"Pada hari Kiamat akan ada penyeru yang berseru.
"Di manakah orang-orang yang berakal?"
Lalu akan di tanya:
"Orang-orang berakal manakah yang engkau kehendaki?"
Ia berkata:
"Yaitu orang-orang yang selalu berdzikir kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk, berbaring dan memikirkan kejadian langit dan bumi. (Dan berkata) 'Wahai Rabb kami, Engkau tidak menciptakan semua ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau,maka lindungilah kami dari adzab api neraka.'
Kemudian di pancangkan untuk mereka sebuah bendera dan setiap kaum akan mengikuti bendera masing-masing.
Dan di kabarkan kepada mereka:
"Masuklah ke dalam surga untuk selama-lamanya."
(Asbahani).
===




Ingatlah;
Dari Abu Hurairah r.a., "Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda:
"Ada tujuh golongan yang di naungi Allah ketika tidak ada naungan selain naungan-Nya;
"Pemimpin yang adil,"(Bukan hanya pemimpin negara sahaja malah suami isteri juga di kira sebagai pemimpin)

"Pemuda yang rajin beribadah kepada Allah,"

"Laki-laki yang hatinya bergantung pada masjid-masjid,"

Laki-laki yang di goda oleh wanita bangsawan lagi cantik,lalu ia berkata, "Sesunguhnya aku takut kepada Allah."

"Dua orang lelaki yang saling mencintai semata-mata karena Allah, mereka berkumpul dan berpisah semata-mata kerana Allah,"

"Laki-laki yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di sedekahkan oleh tangan kanannya,"

"Laki-laki yang mengingat Allah bersunyi diri hingga berlinangan air mata." (Bukhari, Muslim).


Seruan, marilah kita sama-sama perbanyakkan amalan berdzikir kepada Allah pada bulan yang mulia ini. Nescaya kita akan dapat keberkatan daripadaNya dunia dan akhirat.

Isnyaallah....
Baca lagi »

Page 6 : Sabotage Kurma Yahudi

0 comments
bismillahirrahmannirahim....

Assalamualaikum pembuka kata,
pemanis lidah kurma pilihannya..

Dah seminggu kita berpuasa....mesti da mula bershopping sakan ni arn..hehe..tapi tu bukan topik nya sekarang nie..kurma???erm, mesti korang pada bulan ramadhan selalu makan kurma arn...memang sunnah nabi...tapi, dalam korang makan kurma uew, noh nak nasihat kan sepaya pilih la kurma betul-betul ea... .....berhati- hati..... ...be careful of Kurma Yahudi.






Tolong Distribute!
Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia.  Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenama “Jordan River”,  kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.  Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi.

Akhir Kalam, noh harap korang berhati-hati dalam memilih kurma. Actually bukan kurma jew, tapi produk lain yang dihasilkan oleh Israel. Harap korang be alert n sensitive ye ngan benda-alah macam nie..

KITA SABOTAGE PRODUK ISRAEL..

ALLAHUAKBAR !!!!!!!!

wassalam...
Baca lagi »

Page 4 : Anak Soleh dan Solehah

0 comments
Asslamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim…

Memandangkan kita dalam bulan ramadhan yang penuh keberkatan, noh nak bagi tips or panduan la macam mane nak jadi anak yang Anak Soleh….

Itulah yang bermain difikiran korang sume arn…anak soleh atau solehah ni idaman setiap mereka yang bergelar anak… adakah kita tergolong dalam ciri – ciri anak soleh dan solehah??? Mari kita fikir sejenak..

1 ) Mentaati kedua ibu bapa


Anak yang soleh dan solehah ini sentiasa mentaati ibu bapa mereka selagi mana ia tidak terkeluar dari syarak…Kita yang sebagai anak ni adakah sentiasa mentaati kedua ibubapa kita ? Cuba kita renung dan muhasabah balik diri kita. Adakah kita pernah menaikkan suara di depan mereka ataupun kita pernah menyakiti hati mereka ? Moga-moga kita tidak tergolong didalam golongan di atas…

 
Firman ALLAH di dalam surah AL-ISRAA’ ayat yang ke 23 juzuk yang ke 15 yang bermaksud : 


“ Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain DIA ( ALLAH ) dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa mu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ ah “ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka ucapan yang mulia “.

 
Disini dapat kita melihat betapa untuk kita hendak menjadi anak yang soleh dan solehah perlu mengelakkan diri kita daripada berlaku kasar kepada kedua ibubapa kita apatah lagi meninggikan suara dihadapan mereka ketika mereka sudah lanjut usia…sentiasalah kita berdoa kepada kedua ibubapa kita dengan doa yang setiap kali kita baca selepas selesai solat :

“ Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku , kasihani mereka sepertimana mereka mengasihiku dan mendidikku sejak kecil lagi “. Amiin…

 
2 ) Tingkahlaku dijaga dan akhlak dipelihara.

Anak soleh dan solehah sentiasa menjaga tingkah laku daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengaibkan diri…apatah lagi melakukan perkara yang boleh mendatangkan malu kepada keluarga…Tidak dinafikan manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa terutama dosa kecil yang kadang kala kita tidak perasaan perkara yang kita buat itu mendatang dosa…tetapi ALLAH itu Maha Pengampun…apabila kita melakukan dosa , cepat-cepat kita beristiqfar dan memohon ampun kepada Yang Maha Esa…Untuk menjadi anak yang soleh dan solehah perlu kita menjaga akhlak kita,kerana akhlak merupakan faktor utama untuk menjadi anak yang soleh dan solehah, jika akhlak kita tidak dijaga tidak mungkin kita akan menjadi anak yang soleh dan solehah…

 
3 ) Amalan dijaga kerana Yang Maha Esa

Anak yang soleh dan solehah perlu menjaga amalan , dan amalan itu adalah semata-mata kerana Yang Maha Esa…Kadang-kadang kita sebagai manusia ini juga ada culas didalam melakukan amalan kepada Allah terutamanya di dalam solat…untuk menjadi anak yang solehah dan solehah perlu mendahulukan perkara yang wajib seperti solat diawal waktu…macam mane kita mahu menjadi anak yang soleh dan solehah jika solat kita tidak dijaga…apabila solat
kita dijaga insyaAllah,amalan – amalan kita akan menjadi lebih teratur…selain itu juga untuk menjadi anak soleh dan solehah ialah perlu menjadikan al-quran sebagai sahabat karib dikala senang dan susah…sentiasa basahi lidah dengan al-quran dan zikrullah…insyaAllah,untuk menjadi anak yang soleh dan solehah ada didalam setiap diri setiap mereka yang bergelar anak.

 
4 ) Tiada cinta selain cinta kepada Allah, Tiada rindu selain rindu kepada Rasulullah

Cinta merupakan fitrah bagi setiap manusia kerana manusia sememangnya memerlukan pasangan , Bagi anak yang soleh dan solehah, cinta Allah mengatasi cinta segala-galanya…apabila cinta Allah telah bertakhta dihati, cinta kepada Rasulullah adalah cinta seterusnya dan cinta ibubapa selepas itu. Tiada istilah couple bagi setiap insan yang belum berkahwin kerana ia adalah nafsu semata-mata…bercinta selepas kahwin adalah nikmat yang paling berharga bagi setiap pasangan itu. Oleh itu, bagi pasangan yang telah telanjur bercinta apa kata halalkan perhubungan itu dengan perkahwinan. Nak jadi anak soleh dan solehah tak ? 


Bila bercinta , mesti ada perasaan rindukan? Persoalannya, adakah rindu kita pada Rasulullah lebih lagi ataupun rindu pada kekasih mengatasi segala-galanya? Perkara ini sebenarnya tidak dapat dinafikan bilamana kita melihat sendiri anak-anak muda kita bilamana teknologi semakin canggih, perasaan itu boleh diluahkan melalui pelbagai cara seperti di handphone melalui ‘sms’…yahoo messenger dan sebagainya…tetapi kita kena ingat, biarlah rindu pada Rasulullah mengatasi segala-galanya…itulah ciri-ciri ingin menjadi anak soleh dan solehah.

 
5 ) Kasih sayang hanya pada ibubapa, Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi.

Anak soleh dan solehah perlu meletakkan kasih saying ibubapa yang paling utama daripada kasih sayang selain mereka kerana tanpa mereka tidak mungkin kita dilahirkan kedunia ini.Kita boleh melihat pengorbanan seorang ibu yang menanggung keperitan dan kepayahan mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari.


Ibu jugalah yang sanggup bersengkang mata apabila anak tidak tido malam apatah lagi jika anak itu sakit,ibu jugalah yang akan menjaga kita.Jadi betapa kita wajib memberikan kasih sayang kepada ibu kita.Bapa juga tidak kurangnya,mencari rezeki untuk memberi makan kepada anak-anak dan menghantar anak-anak untuk menuntut ilmu.Apakah kita tidak merasakan betapa besar pengorbanan bapa kepada setiap anak…

 
Guru merupakan ibubapa kedua kita apabila berada disekolah…tiada guru yang mengajar anak murid mereka untuk bersikap biadap apatah lagi mengajar perkara – perkara yang tidak berfaedah…mereka semua mahu anak-anak murid mereka berjaya dan menjadi insan yang berguna untuk keluarga dan masyarakat..itulah sifat bagi seorang anak soleh dan solehah iaitu mengasihi dan menghormati guru-guru.

 
Anak soleh dan solehah juga perlu mengasihi teman-teman, tetapi sebelum itu biarlah mencari teman yang memberikan faedah kepada kita dengan saling ingat mengingati antara satu sama lain…bukan sekadar kawan biasa…sanggup berkorban dikala susah dan senang…itulah sebaik-baik teman…

*****

Pesanan untuk anak lelaki

Buat anak lelaki…tanggungjawab sebagai anak lelaki lebih besar daripada anak perempuan…kerana apabila seseorang bapa telah kembali bertemu dengan Maha Pencipta, maka anak lelakilah yang perlu memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga…menjaga ibu dan keluarga…Oleh itu,apa yang perlu anak lelaki buat adalah, perlu mendalami ilmu terutama ilmu agama…jika kita melihat pada zaman sekarang, apabila berlaku kematian keluarga, terutama ibu bapa, ada anak-anak yang telah menswastakan untuk menguruskan jenazah ibu bapa mereka, anak-anak hanya perlu membayar…ini bukanlah ciri-ciri dan sifat-sifat anak yang soleh dan solehah…justeru itu perlulah anak lelaki perlu mendalami ilmu agama…anak lelaki juga perlu menjadi imam didalam solat sekiranya ibubapa suruh, bilamana solat berjemaah dirumah, keakraban dan bahagian dalam keluarga itu terpancar…anak lelaki juga perlu menjaga dan membimbing keluarga terutama yang ada kakak atau adik perempuan…tanggungjawab anak lelaki adalah memastikan mereka ini menjaga aurat dan batas-batas pergaulan.

Pesanan untuk anak perempuan


Buat anak perempuan, tanggungjawab kita tidaklah seberat tanggungjawab anak lelaki, tetapi tidaklah kita sebagai anak perempuan mengambil kesempatan daripada itu…anak perempuan perlu menjaga aurat dan batas pergaulan mereka…dari segi aurat, anak perempuan perlu melabuhkan tudung hingga ke dada dan tidak memakai pakaian yang menjolok mata ataupun pakaian yang ketat…sesungguhnya bilaman seorang anak perempuan itu melakukan dosa , bukan sahaja diri sendiri yang menanggung dosa, tetapi bapa juga menanggung dosa anak perempuan itu…apakah kita tidak ada rasa kasih sayang kepada seorang bapa??? Amat kejam kepada mereka yang melakukan perkara sedemikian…ingatlah, sesungguhnya amat mudah mereka yang bergelar wanita itu untuk masuk syurga dan amat mudah juga untuk masuk ke neraka…ambillah untuk mudah masuk syurga dengan sentiasa mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya…untuk memilih calon suami, carilah calon suami yang bukan sahaja tahu asas dalam agama tetapi mampu membimbing seorang isteri…yang boleh menjadi imam dalam keluarga, dan mampu bertanggungjawab dalam keluarga….

“ Anak soleh dan solehah sebagai harta, tidak jemu berdoa , agar sejahtera terpelihara”.

Noh buat page ni just nak berkongsi...noh harap korang dapat input yang sepatutnya ye...

wassalam....
Baca lagi »

Page 3 : Nikmati Puasa (Sesungguhnya Islam itu Indah)

0 comments
Alhamdulillah kita telah melewati hari keenam berpuasa. Semoga puasa serta ibadah Ramadhan kita berjalan lancar sampai sebulan. Namun tidak hanya sebulan saja kita berlomba-lomba memperbanyak pahala, hendaknya bulan Ramadhan kita jadikan moment untuk meningkatkan kualitas diri dan keimanan kita kepada Allah swt. Sehingga kita bisa terus beribadah, tidak meninggalkan yang wajib serta memperbanyak yang sunnah hingga seterusnya.



Di bulan Ramadhan kita diwajibkan berpuasa selama sebulan penuh. Dari waktu imsak hingga berbuka saat maghrib. Tidak hanya menahan rasa lapar dan haus, tapi juga segala hal yang dapat membatalkan puasa. Perintah puasa difirmankan oleh Allah swt pada Al Quran surat Al Baqarah ayat 183. Dan puasa Ramadhan ini merupakan salah satu Rukun Islam.



Ketika berpuasa selama satu bulan, kita bisa ikut merasakan bagaimana orang/fakir miskin yang sedang kelaparan, karena biasanya kita selalu terpenuhi kebutuhan akan makanan. Maka jika kita bisa merasakan hal tersebut, kita akan menjadi orang yang concern terhadap orang yang sedang kesusahan khususnya fakir miskin.  Dengan begitu, kita akan terbiasa menolong  mereka dengan memberikan sedekah. Kita tak akan lagi berlebih-lebihan dan selalu ingat akan kesulitan mereka. Berbagi kepada sesama serta tidak lupa selalu mensyukuri hidup ini.



Dengan berpuasa, kita juga diajarkan untuk menjadi sabar. Sabar di kala lapar, haus, menahan marah bahkan syahwat. Jika kita berhasil menahan itu semua maka kemenanganlah yang kita dapatkan. Karena menahan dan mengendalikan nafsu adalah hal yang paling sulit bagi manusia. Begitupula jika kita sedang berpuasa, sering kita menghadapi orang yang menguji kesabaran kita, padahal kita sedang berpuasa dan harus menahan nafsu kita. Rasulullah saw bersabda: 

 
“Puasa adalah benteng penghalang, maka janganlah ia berucap dengam kalimat buruk, mencaci, dan menghina, jika ada yang mengganggunya atau mengumpatnya katakanlah aku puasa, aku puasa. Demi Allah yang diriku dalam genggaman-Nya, sunnguh aroma tidak sedap di mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada wangi misik, karena ia meninggalkan makanannya, minumannya, dan syahwatnya karena Aku (Allah SWT). Puasa adalah untuk-Ku, dan Aku yang membalasnya, dan setiap pahala dibalas 10 kali lipat darinya”. (HR. Bukhari)



Maka kuncinya adalah sabar. Betapa sabar itu adalah kunci sukses dalam segala hal, subhanallah… Di bulan Ramadhan inilah kita bisa mengintropeksi dan memperbaiki diri. Dan tentunya agar kita menjadi orang yang betakwa, seperti firman Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (QS. Al Baqarah:183)





Sekian.
Baca lagi »
 

Copyright © 2010 • Berbual Sambal • Design by Dzignine