125x125 Ads

Page 9 : Tinggi dan Rendah

Assalamualaikum,


Dalam dunia ini, ada yang tinggi dan yang rendah, yang miskin dan yang kaya, yang pandai dan yang kurang pandai, yang berpelajaran tinggi dan berpelajaran rendah, yang tahu banyak dan tahu sedikit, yang berjawatan tinggi dan berjawatan rendah, yang rumah besar dan rumah kecik, yang kereta besar dan kereta kecik, dan sebagainya.


Tapi kita harus tau, di sisi Allah, siapa yang lebih mulia. Hidup ini bukan utuk kaya atau mempunyai harta yang serba serbi, tapi untuk mendapatkan kebahagian yang abadi. Allah kasihkan orang yang bertaqwa. Allah tidak memandang harta dan paras rupa, kerana pada akhirnya, hanya hati yang akan membawa kita ke syurga atau neraka.





Sama ada kita kaya atau miskin, disisi Allah kita adalah sama. Hanya ketaqwaan yang dapat membezakan darjat antara kita. Sebagai umat islam kita hendaklah berusaha untuk ke arah keberkatanNya dunia dan akhirat.


"Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat." (Surah Al-Fatihah 1: Ayat ke 6-7)



Wassalam
.

4 comments:

{ Red } at: 14 Ogos 2011 10:15 PG berkata...

uwaa.. entri sendiri lah.. hahaha XD

{ Noah Navas } at: 14 Ogos 2011 11:17 PG berkata...

haha...see de leg la...
(^,^)

{ noonaQQ } at: 14 Ogos 2011 11:22 PG berkata...

progress :angguk

{ Noah Navas } at: 14 Ogos 2011 11:51 PG berkata...

hehe..thx noonaQQ...
^^

 

Copyright © 2010 • Berbual Sambal • Design by Dzignine