125x125 Ads

Solat Berjemaah bukan SATU bebanan

9 comments
Assalamualaikum,


Hai kepada semua blogger dan reader sekalian. memang da lama sangat tak update blog ni. tapi takpe masa cuti hari ni aku manfaatkan sepenuhnya untuk update entry . huhu



Solat berjemaah? susah ke ? 



Sudah sedia kita maklum bahawa solat berjemaah amat digalakkan dan menjadi tuntutan kepada setiap individu muslim terutama muslimin untuk berjemaah setiap kali azan berkumandang. tapi sudah kita sedia maklum masyarakat kita pada hari ini amat liat sekali untuk menunaikan solat lima waktu secara berjemaah. terutamanya solat fardhu SUBUH dan ISYAK.


Rasulullah saw bersabda, maksudnya;
 “Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isya dan Subuh, seandainya mereka mengetahui keutamaan yang ada pada dua solat itu pasti akan mendatanginya meskipun dengan merangkak.” (riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

 Melalui hadis ini kita dapat melihat keutamaan solat secara berjemaah. Nabi Muhammad S.A.W amat mengambil kira pentingnya solat secara berjemaah bahkan telah menjadi satu adat kebiasaan para sahabat Nabi di zaman itu mengenali orang-orang sekeliling melalui solat berjemaah. Sesiapa sahaja yang tidak solat jemaah pada ketika itu akan dikatakan munafik.


Maksud Hadis Nabi S.A.W :

"Demi yang jiwaku ada ditanganNya, sungguh aku telah berniat kuat untuk memerintahkan agar dikumpulkan kayu bakar kemudian aku perintahkan solat dan dikumandangkan adzan untuk solat, kemudian aku perintah seseorang untuk mengimami manusia dan aku akan mendatangi orang-orang yang tidak menghadiri solat maka akan aku bakar rumah-rumah mereka. Demi yang jiwaku ada di tangan-Nya, seandainya salah seorang dari mereka mengetahui bahwa dia akan mendapatkan sekerat daging atau dua iga kambing yang bagus pasti dia akan menghadiri solat isya’. ” (riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dari lafaz Imam Bukhari)



Dulu masa kita dibangku sekolah, ustaz dan ustazah kita selalu nasihat kita, "Solat lima waktu sorang sorang adalah baik dan solat berjemaah adalah lebih baik, jadi seelok eloknya kamu mengerjakan amalan yang lebih baik itu."


Ada hadis yang diriwayatkan mengatakan bahawa solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 25 atau 27 kali ganda.


SERONOK bukan ?!



#Pertama : 

Sabda Nabi S.A.W. bermaksud :

“Solat berjemaah itu lebih baik daripada solat bersendirian 27 kali ganda” (riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

#Kedua :

Sabda Nabi S.A.W. bnermaksud :

“Solat seseorang dengan berjemaah itu digandakan 25 kali ganda berbanding solat yang dikerjakan di rumah atau di pasar. Demikian itu, kerana apabila seseorang berwuduk dan menyempurnakan wuduknya, kemudian pergi ke masjid dengan tujuan khusus untuk solat, maka setiap kali ia melangkah kaki, diangkat satu darjat dan dihapuskan satu dosa. Dan bila ia mengerjakan solat, maka malaikat sentiasa memohon rahmat kepadanya selama ia berada di tempat solat selagi ia tidak berhadas (doanya iaitu): “Ya Allah, ampunilah dia ya Allah kasihanilah ia. Dan (para malaikat sentiasa mendoakan) selama ia menanti solat” (riwayat Imam Muslim).


Kajian sains juga telah mengakui secara sainstifik tentang kelebihan solat berjemaah ini.

Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dr. Abdul Ghaffar Surip berkata, hasil kajian John Herbert mendapati sentuhan antara bahu jemaah ketika solat mampu menyeimbangkan cas elektrik positif dan negatif yang terdapat dalam tubuh manusia menjadikan tubuh lebih segar dan bertenaga.

Beliau berkata,

“Tubuh manusia terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan negatif. Setiap aktiviti harian kita tidak kira bekerja, beribadat atau berehat banyak menggunakan tenaga yang menyebabkan berlakunya pertukaran cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas tersebut di dalam tubuh. Ini menyebabkan tubuh berasa letih dan tidak bermaya. Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita iaitu dengan cara menunaikan solat berjemaah yang merangsang proses pertukaran cas elektrik dalam tubuh kita tersebut."


Ada kalanya rumah sangat dekat dengan masjid, tapi kita amat liat sekali untuk melangkah ke sana apabila azan berkumandang. berbalik pada hadis di atas tadi, setiap langkahan kita ke masjid untuk tujuan menunaikan solat, akan diangkat darjatnya dan dihapuskan satu dosa. tidak terhenti di situ sahaja, malaikat akan sentiasa memohon rahmat kepada Allah s.w.t. 


“Ya Allah, ampunilah dia ya Allah kasihanilah ia. Dan (para malaikat sentiasa mendoakan) selama ia menanti solat” (riwayat Imam Muslim).


Mulakanlah langkahan kita ke masjid terutamanya kepada kaum muslimin. kepada kaum muslimat anda tidak digalakkan untuk solat berjemaah di masjid, takut-takut boleh menimpulkan fitnah. 




#Pesanan kepada kaum muslimat, 

 

Kahwinlah cepat cepat. nanti kalau suami kalian pergi ke masjid untuk solat berjemaah, walaupun kalian solat bersendirian di rumah, kalian juga akan beroleh pahala seperti mana yang suami kalian perolehi daripada solat berjemaah di masjid. INDAH bukan ? !!   


Jazakallah


 
 
Baca lagi »
 

Copyright © 2010 • Berbual Sambal • Design by Dzignine