125x125 Ads

Waktu ?

Assalamualaikum, 


Hai blogger sekalian. Pada hari Jumaat , Sayyidul Ayyam ni aku nak berkongsi apa yang aku dapat dalam khutbah solat Jumaat di Surau Jumaat Impian Emas, Johor tadi. 


Firstly tadi aku pegi solat agak awal sebab kena jumpa pengerusi pengerusi surau dan masjid di daerah Johor Bahru. tapi bukan itu yang aku nak share...huhu...





Demi waktu? Adakah kamu dalam kerugian ?


As-Syahid Hassan al-Banna mengatakan bahawa waktu itu merupakan kehidupan. ini bermakna waktu adalah lebih berharga daripada emas. Biasa orang cakap , "Masa itu ibarat emas". betul tak ?


Pernah korang mendengar , "Rebutlah kamu lima perkara sebelum lima perkara" ?


Rasulullah S.W.T pernah bersabda dengan perkataan di atas. 

"Rebut masa muda kamu sebelum saat tuamu, waktu sihat kamu sebelum waktu sakitmu, waktu kaya kamu sebelum kamu miskin, masa lapang kamu sebelum kamu sempit dan masa hidup kamu sebelum kamu mati."


Sesungguhnya waktu muda inilah merupakan waktu yang paling kuat di antara waktu kanak-kanak dan waktu tua nanti. Jadi, marilah kita sementara ada kudrat dan kekuatan untuk kita memperbanyak amal ibadat kepada Allah S.A.W supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.


Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata,

"Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi, dan apabila engkau berada di waktu pagi, janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau dari masa mati engkau."





Suka aku ingatkan diri sendiri dan para sahabat blogger sekalian, waktu muda inilah waktu yang paling baik untuk kita beribadat kepada Allah S.A.W. yela, kebiasaannya masyarakat hari ini sering mengendahkan bab bab agama. sebab diorang beranggapan , "kalau da tua nanti baru nak bertaubat, masa muda ni kita enjoy dulu." betul tak ? itu la..banyak sangat diorang disogokkan dengan hal hal duniawi. 


"Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaqwa."


Insyaallah di lain kesempatan kita berkogsi ilmu ea. Harap korang pun tak jemu ea jengok jengok blog berbual belacan sambal ni...


Highlight :
1 Jun - 3 Jun 2012 





Aminn..

1 comments:

{ Alex Irfani } at: 24 Mac 2012 pada 12:45 PG berkata...

kunjungan hangat.. kunjung balik ya. jangan lupa follow nya.. :D

 

Copyright © 2010 • Berbual Sambal • Design by Dzignine