125x125 Ads

Page 17 : Kawan VS Jangan Kawan

Assalamualaikum,


Boleh atau tidak kita hidup tanpa kawan di sisi? Boleh atau tidak hari kita lari atau bersembunyi jika ada orang yang ingin berkawan dengan kita? Boleh atau tidak kita hanya duduk di rumah sepanjang umur kita tanpa bermasyarakat? Boleh atau tidak kita bercakap seorang diri atau dengan peti sejuk yang tidak bernyawa?


Jawapannya sudah tentu tidak boleh kerana orang yang tidak berkawan ini adalah orang yang gagal dalam hidupnya. Boleh diumpamakan seperti kera sumbang – takut hidup masyarakat. Juga, jiwanya kosong, cakapnya kosong, fikirannya kosong, senyumannya kosong – hidupnya kosong.


Jadi noh sangat menggalakkan agar kita hidup ini sentiasalah berkawan – hidup berjemaah. Buka pintu dan jendela hati menerima kawan-kawan baru. Banyak untungnya – selain berkongsi pengalaman, kita juga dapat bertukar-tukar ilmu. Cuma nasihat noh, pilihlah kawan yang sesuai. Biar kita cerewet dalam memilih supaya kita berbahagia di dunia dan juga akhirat. Kawan yang bagaimana?





Imam al-Ghazali ada menerangkan kawan yang baik dan kawan yang tidak baik.


PERTAMA : PILIH kawan yang berakal. JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

KEDUA: PILIH kawan yang berakhlak. JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu.

KETIGA: PILIH kawan yang soleh. JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

KEEMPAT: PILIH kawan yang bersederhana. JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.

KELIMA: PILIH kawan yang bercakap benar. JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.


Jadi, kesemua yang diterangkan di atas membawa maksud: kawan boleh mempengaruhi perjalanan hidup kita di dunia ini. Jika baik berkawan maka baiklah perangai kit, jika jahat berkawan maka jahatlah perangai kita.





Daripada riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Seseorag insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat.”

Wassalam.

0 comments:

 

Copyright © 2010 • Berbual Sambal • Design by Dzignine