125x125 Ads

Page 15 : Hidup untuk Peperiksaan?

Assalamualaikum,

Kali ini noh berkongsi ilmu yang noh dapat selepas membaca buku yang berjudul “Gen-Q – Generasi Al-Quran kreatif”. Noh ada terbaca artikel yang bertajuk “Hidup untuk Peperiksaan?”. Sudah kita maklum bahawa apabila nak berjaya, kita anggap peperiksaan itu segalanya. Kita terlupa bahawa yang menciptakan kejayaan itu adalah Allah.


Selama ni kita menganggap peperiksaan dan ujian adalah segala-galanya. Gagal peperiksaan umpama runtuhnya langit dan terbelahnya bumi. Kita juga sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan “A” dalam genggaman seperti meniru, menipu, meletakkan nota di dalam tandas untuk dirujuk semasa peperiksaan berlangsung, berpakat bahaasa isyarat dengan kawan sebelah. Itu adalah antara “modus operandi” kita. Betul tak?





Noh pun pernah buat sedemikian. Tipulah kalau korang kata, Korang tak pernah buat 1 di antara perkara di atas. Mesti ada punya. Kan, kan?


Sebenarnya, dari segi reality dan juga rohani, perkara yang utama kita perlu lakukan adalah berbuat baik dengan pemberi kejayaan yakni Allah s.w.t. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. Seiringkan usaha kita dengan doa, kemudian bersyukur.


Itulah perkara asas. Sebelum bercakap pasal solat hajat, qiamulail dan solat dhuha, molek kiranya kita muhasabah solat yang lima. Sebelum berbicara tentang surah-surah pilihan yang elok dibaca sebleu menghadapi ujian, molek kiranya kita muhasabah sama ada al-Quran dipegang dan dibaca.




Ini adalah kerana Allah s.w.t. tidak akan bertanyakan tentang keputusan peperiksaan kita di dunia ini. Subjek utama yang Allah s.w.t. hendak periksa adalah solat kita. Selain itu, perkara syarat yang telah dipandukan melalui al-Quran.


Mungkin kita boleh menggodol semua “A” dalam mata pelajaran di dunia ini tetapi akhirnya apabila diperiksa di akhirat, tiada “A” dalam jiwa; akhlak buruk; akidah lemah; dan semangat selembut lalang ditiup angin.


Jadi kita perlu balik ke jalan yang benar! Jangan terlalu obsess dengan usaha untuk mencapai kejayaan sehingga tidak terjaga hubungan denga Allah s.w.t. Ingat, kejayaan yang sebenar ialah kesungguhan kita berusaha untuk mencapai kejayaan dan bertawakal kepada Yang Maha Esa.


Rafakkan kesyukuran setinggi-tingginya ketika menyambut kejayaan dalam peperiksaan. Kesenorokan yang dikecapi dibayar dengan amal ibadat yang semakin berkualiti. Insya-Allah kejayaan yang dikurniakan itu bakal mewarnai masa depan dengan kehidupan yang lebih bahagia.


Semua orang tahu tentang peperiksaan di Padang Mahsyar. Perhitungan amalan akan dilakukan dan keputusan sama ada ke syurga atau neraka akan diumumkan. Tetapi betapa ramainya manusia hari ini yang terus leka dan lalai serta langsung tidak bersedia untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan penting tersebut.


Adakah kita hidup untuk peperiksaan?


Dan jawapan akan tetap YA. Cuma sejurang-kurangnya hari ini kita sedar, bukan sahaja peperiksaan akademik sahaja yang penting, bahkan peperiksaan amalan akhirat lebih penting yang sepatutnya kita sentiasa bersedia menghadapinya.


Jom kita bersedia untuk menghadapi ujian terbesar hidup ini! Jom kita bersedia untuk menduduki peperiksaan terpenting di alam ini! Jom kita skor “A” dalam peperiksaan sebenar.





Wassalam.

0 comments:

 

Copyright © 2010 • Berbual Sambal • Design by Dzignine