125x125 Ads

Pujian yang Melampau

Assalamualaikum.

Hai, rasa macam da berhabuk aku rasa blog berbualsambal ni. huh, da lama terbengkalai. Nak tengok pon tak lalu.huhu. Takpe2. Kisah lama kita tinggalkan. maklum la da masuk 2012. azam pun mesti nak baru kan?Tak sangka buat tahun pertama aku rasa tak yah sibuk2 nak beli baju skola. zaman kegemilangan aku di sekolah sudah berakhir. yang tinggal hanyalah kenangan semata-mata.






Oke, aku nak tanya, rata-rata la korang suka dipuji tak ? pujian macam mana ? adakah pujian terhadap diri sendiri ? atau pujian yang melampau ? nak dimudahkan cite, komfem la korang kembangkan kalau dipuji. nak nak pujian itu terhadap apa yang kita ada orang lain takde.





Namun, setiap pujian yang kita dapat harus dikembalikan kepada Allah s.w.t. Bagi kita seorang Muslim, nilaikan sesuatu pujian itu. Ini adalah kerana kadang-kadang ditakuti atau dibimbangi dengan beberapa pujian yang kita dapat, kita merasa betapa hebatnya kita ni. seterusnya akan timbulnya sifat riyak. 
Dalam perkara ini, Sayidina Ali bin Abi Talib berkata yang bermaksud :

"Orang yang bersifat riyak itu mempunyai beberapa tanda: malas apabila berada bersendirian tetapi rajin apabila berada di kalangan orang ramai, menambahkan amal kebaikan apabila dipuji tetapi mengurangkannya apabila tiada dipeduli."


Jadi, bagi kita yang hendak memuji pula, pujilah kepada perkara yang elok-elok sahaja. bukan memuji suara sedap menyanyi dan lain-lain perkara yang maksiat. pujilah kepada ciptaan Allah s.w.t. Insyaallah akan menambahkan rasa kecintaan kita terhadap Allah s.w.t.





Aminn.




0 comments:

 

Copyright © 2010 • Berbual Sambal • Design by Dzignine