125x125 Ads

Disebalik Film KLIP 3GP

Assalamualaikum,


Hai, kepada sume geng-geng BCROOM.NET and para blogger sekalian.


Noh rasa macam da lama tak conteng kat blog ni. Mase sentiase ade, jangan cakap takde. Tapi banyak mase noh guna kan buat benda-benda lain. Yela arn, kita ni dak STPM 2011. Tahun ni yang akan tentukan siapa noh pada mase akan datang. Nak nak baru lepas trial. :hihi


Back to the point, baru-baru ni noh ada pergi tonton wayang kat U Mall, Skudai Johor. Noh bukan pergi sorang-sorang. Red pun ade sekali. Knl kn red siapa? Siapa yang tak kenal ngan blogger yang baru nak naik. “hehe, sorry red. Just for laugh. Jgn amik ati ea.” Newy, thanks yaw coz da blanje aku. :duit. Kitorang tengok film “Klip 3GP” dan “Real Steel”.





First movie yang kitorang tengok “Klip 3Gp”. Judul film macam gempak je arn. Nak nak ngan trailer yang bersepah kat kotak itam (tv). Nmpak macam bagus arn. But, bak kata orang melayu neutro, “indah kabar dari rupa.” Bukan niat ati nak kutuk or ban film ni. Tapi kita as penonton ade hak nak komen arn. Im right?


Bagi noh, film ni banyak yang perlu diperbaiki dari segi skrip, jalan cite, teknik penyampaian, and what else la. Banyak tanda tanye dalam film ni. “Gerun, Ghairah, Ganas”. Unsur yang cuba ditonjolkan oleh director film ni bagi noh tak sampai. Lagi-lagi bila scene “Gerun”. Tak gerun langsung. Pastu seolah-olah banyak scene yang tergantung. Cara yang cuba disampaikan director maybe terlalu berat. Sampai-sampai kita tak bole berfikir secara rasional.


Contoh part yang menjadi tanda soal dalam fikiran noh, bila Maya seorang eksekutif sebuah syarikat bole kenal ngan Sunny seorang gijolo KL. Hubungan diorang tak jelas langsung. Tiba-tiba kat club dance same-same sampai bab kat ranjang. Maybe aksi tu sesuai kat negara lain but not this country. Lagi yang jadi tanda Tanya noh, macam mana FINAS bole luluskan film ni? Sedangkan film ni banyak unsur-unsur yang tak wajar dipertontonkan lagi-lagi kanak-kanak bawah umur. What the hal?





Bagi noh director kat Malaysia ni kehausan + kekontangan idea nak wat filem-filem yang dapat member impak kepada kita yang menonton nye. Maybe director kita bermotifkan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Nak nak sekarang ni film yang bergenre seram lagi dapat sambutan. Banyak film yang bergenre ni mencapai box office. Misalnya “Khurafat” mencapai lebih RM8 Juta. Kalau kita pasan, sekarang ni trend film bermusim. Kalau seram, seram je. Kalau gangster, sume nak gangster. Tak paham noh. Kenapa mesti nak ikut-ikut orang? Tak bole berdiri atas kaki sendiri ke? ( emosi sekejap, hehe)


Namun walaupun banyak kelemahan dalam film “Klip 3GP” ni, ade gak yang baik nye. Tapi bagi penerbit and crew-crew film, baik director or pelakon je la. Maybe director nak mempertengahkan gejala-gejala yang negatif yang berlaku dalam negara kita. Maybe dyeorang nak kita lebih berhati-hati dalam memilih kawan or what else la.


“setiap yang terjadi, pasti ada kebaikannya. Tak semua yang baik berguna, tak semua yang tak baik tak berguna.”





Anyway, noh harap director or penerbit lebih berhati-hati dalam menskrip film. Harap-harap takde unsur-unsur yang bole menjatuhkan maruah negara kita sebagai negara islam. Biarlah yang kita hasilkan dapat memberi manfaat bersama , baik penerbit mahupun penonton. Penerbit dapat untung, penonton dapat kepuasan menonton nye. Tak salah arn sebagai sesama manusia, noh bagi pendapat tentang film ni? 


Lastly, noh nak mintak maaf kalau-kalau terkasar bahasa. Noh pun hamba Allah yang lemah. Marilah kita saling nasihat menasihati ke arah kebaikan. Ingat , kita berkongsi dunia yang sama, dan arah kiblat yang sama.


Wassalam.


5 comments:

{ kiwi } at: 27 Oktober 2011 pada 10:55 PG berkata...

menyampah tengok cerita melayu buat cerita tak senonoh or merepek2. better tengok real steel la camni.

red at: 27 Oktober 2011 pada 10:58 PG berkata...

adeh.. nape tag aku :adess

{ N'Craft } at: 30 Oktober 2011 pada 8:33 PTG berkata...

korang g tengok citer tu???? :hihi

{ Noah Navas } at: 30 Oktober 2011 pada 9:41 PTG berkata...

yela la rainy..
npe??
lpe nk ajk..hehe

{ KhairulZamanKhobin } at: 17 November 2011 pada 10:52 PTG berkata...

papepun, jom baca nih:

: movie mistakes filem KLIP 3GP

kot2 leh ilang stres

 

Copyright © 2010 • Berbual Sambal • Design by Dzignine