125x125 Ads

Page 16 : Warkah Buat Adik

Assalamualaikum,


Abang Noh harap adik abang semua sihat walafiat dan dapat menjalani segala ibadah dengan tenang dan penuh keberkatan. Di sini Abang Noh nak sentuh sikit tentang saying-menyayangi, rindu-merindui dan cinta-mencintai.






Sebenarnya dari dulu lagi Abang Noh nak beritahu atau sampaikan sesuatu tentang perasaan dan perasaan ini tetapi baru kali ni Abang Noh berani meluahkannya. Bukan apa, Abangv Noh nampak adik abang ni pun sudah mencapai tahap “young-adult”, jadi Abang Noh fikir inilah masa yang sesuai untuk Abang Noh mencurahkan pengalaman dan nasihat, walaupun Abang Noh tahu adik abang ni akan berasa bosan bila mendengar perkataan “nasihat”. Abang Noh peduli apa, sebab tugas Abang Noh ialah menyampaikan dan menceritakan sesuatu untuk diambil manfaatnya.


Wahai adik abang,


Begini, Abang Noh tahu belajar di sekolah akan menjadi bosan dan menjemukan jika kita hanya belajar-belajar-belajar tanpa membuat atau menyertai aktiviti lain yang sekurang-kurangnya dapat mengurangkan “tension”. Betul?


Juga pemandangan dalam kelas akan menjadi kelam jika setiap hari kita melihat wajah yang sama – hari-hari tengok muka kawan sebelah – seperti tiada wajah lain yang boleh menjadi penyeri mata (gurau saja...harap tidak ada yang menganggap rakan itu sebagai orang yang membosankan). Kemudian kita terfikir, alangkah baiknya jika di sekolah ini ada sesuatu atau seseorang yang boleh menaikkan semangat untuk belajar. Maka mulalah nanti kita mencari sumber inspirasi itu.


Abang Noh masih ingat lagi, dulu di sekolah, seorang kawan Abang Noh menjadikan sebuah pasu bunga yang diletakkan di sebelah kelas menjadi sumber inspirasi (Abang Noh tidak tahu kenapa pasu bunga yang dipilih). Menurut katanya bentuk dan warna pasu bunga itu boleh merangsang minda untuk berfikiran kreatif!


Entah bagaimana, satu hari, apabila kawan Abang Noh datang ke sekolah, pasu bunga itu sudah tiada. Setelah ditanya kepada pak cik tukang kebun, katanya pasu bunga itu telah pecah dan dibuang. Sejak hari itu, hidup kawan Abang Noh seperti tiada panduan. Apa yang dibuat semuanya salah dan seperti tiada semangat lagi untuk hadir ke sekolah. Akhirnya, seorang ustaz menghadiahkannya sebuah tafsir al-Quran dan Alhamdulillah, menjadi kesan yang baik untuk dirinya.


Wahai adik abang,


Begitulah, jika kita telah meletakkan sepenuhnya “soul” kita kepada sesuatu itu sebagai sumber inspirasi, dan apabila berlaku sesuatu yang buruk kepadanya maka hampalah jiwa kita nanti dibuatnya. Samalah juga bagi sesiapa yang menganggap seseorang itu sebagai sumber inspirasi untuk menjadi semangat hadir ke sekolah. Lama-kelamaan, sudah pasti sumber inspirasi itu akan menjadi abang, atau kakak, atau adik angkat yang seterusnya bercambah melahirkan rasa cinta sesame pelajar. Betul?





Satu saja pesanan Abang Noh untuk “pencinta muda” – supaya sentiasa ingat akan amanah kita sebagai seorang pelajar, amanah kita sebagai seorang anak kepada ibu dan ayah kita, amanah kita sebagai murid kepada guru.


Sememangnya perasaan cinta itu sukar untuk dikawal samalah seperti Abang Noh, pernah sayang kat seseorang tetapi percayalah, dengan berdoa kepada Maha Pencipta dan tekad yang ada dalam diri, insya-Allah, dengan izin-Nya ia bukanlah sesukar mana. Jadikanlah al-Quran dan sunnah Rasulullah sebagai pegangan hidup kita untuk terus berjaya di dunia dan di akhirat. Insya-Allah.


Wahai adik abang,


Cukuplah untuk kali ni. Semoga adik abang mengambil manfaat daripada apa yang Abang Noh katakana di sini. Yang baik itu kita jadikan iktibar dan pengajaran dan yang kurang baik itu kita jadikan sempadan. Sampai ketemu lagi di lain kali.


Wassalam.

2 comments:

{ feeza macho } at: 19 September 2011 pada 7:16 PTG berkata...

baiklah abang noh :hihi :p

{ Noah Navas } at: 21 September 2011 pada 2:18 PTG berkata...

haha...
bgos adik nie..
jgn wat aw...
^^

 

Copyright © 2010 • Berbual Sambal • Design by Dzignine