125x125 Ads

Penegak Islam dipecat, Pengkhianat bangsa diangkat

Assalamualaikum,


Hai kepada sume blogger guys and blogger gurlz. Mesti korang da dapat gambaran kan yang entry kali ni aku buat isu pasal apa. tapi ada gak yang tak tahu lagi. takpe, kita berkongsi maklumat bersama.

 
''Pengkhianat''
   
        '' Pembela Agama''


''"Mahkamah Bebaskan Anwar Ibrahim?"


Baru tadi aku dengar berita ni daripada kawan se-office dengan aku. Agak terkejut gak macam mana lah dia boleh dibebaskan daripada tuduhan liwat. tapi yang aku pelik gak ramai betul yang jadi pengikutnya masa perbicaran tadi pagi. seawal 5 pagi tadi dorang da berkumpul di depan Istana Kehakiman Jalan Duta. lebih daripada 5000 orang pengikutnya berkumpul di situ. Siapa dia ? Sampai begitu sekali diagung-agung kan. Subhanallah.


"Masa Himpun Sejuta Umat kat Shah Alam tak nak turut serta plak. tentang aqidah umat islam diketepikan. Manusia diagung-agungkan."

 
Oke, tu satu hal. Isu yang ni pulak tentang Dato` Dr Hassan Ali dipecat daripada ahli jawatankuasa PAS pusat. Kenapa beliau dipecat? padahal beliau seorang yang meletakkan prinsip agama islam di tangga yang teratas sekali. PAS mendakwa beliau telah lari daripada landasan jalan politik PAS. Ke mana prinsip PAS sebelum ni yang menegakkan agama islam? adakah PAS sudah di bawah telunjuk parti politik DAP ? PAS sekarang ni seolah-olah telah menjadi orang kanan DAP yang hanya duduk diam apabila DAP bersuara.


Contoh yang mudah diambil petikan video daripada youtube yang mengenai Nga Kor Ming ahli DUN Taiping yang menghina menteri besar Perak DS Zambry.






Melihat daripada petikan video ni, kita dapat lihat yang orang-orang PAS hanya mampu duduk diam apabila ahli DUN taiping itu menghina orang islam sendiri. MASHA-ALLAH


Takpe lah. Ni baru kehidupan di dunia. Manusia boleh menghukum sewenang-wenangnya. TETAPI di akhirat kelak mulut akan diikat, hanya tangan dan anggota lain yang berkata-kata yang menjadi saksi sepanjang hidup kita di dunia ni. Sebagai insan yang waras kita juga dapat membezakan yang mana baik dan yang mana tak baik. kita harus meletakkan kepentingan agama islam di tingkat tertinggi sekali berbanding dengan hal yang lain. Moga kita mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat kelak.


Aminn.

14 comments:

{ QueeN TerataI } at: 9 Januari 2012 1:58 PTG berkata...

itulah yg terjadi skrgkan.. ini agaknya yg org Islam di Malaysia inginkan... yg akidah terpesong di agung-agungkan.. yg menegakkan landasan agama dibuang ketepi... erm...

{ Noah Navas } at: 9 Januari 2012 2:08 PTG berkata...

betul tu...
sy sokong...
tak tahu la nape la cm ni skali kn...
sdey2...

{ Awan Nano } at: 9 Januari 2012 2:31 PTG berkata...

krg rasa la kan..if anuar ne jd pm kita..x ke nnti msia ne di jual?..huhu

{ Noah Navas } at: 9 Januari 2012 2:37 PTG berkata...

msty la kena jual..
hoho..
tak bole bayangkan bila anuar jd pm kita..
mintak dijauhkan la..
uhu

{ Jejaka Terhangat } at: 9 Januari 2012 7:09 PTG berkata...

sebab apa anwar ibrahim dikatakan pengkhianat bangsa pulak? sebab dia difitnah sbg peliwat? tah pape..

ramai yg dah kena basuh ngn tv3..sampai bulat2 terima anwar mcm tu. anda pon salah sorang? maklumla, tak abis research kat alam maya ni kan.

Malaysia dijual ek? kita tgk nanti camne..PRU tak lama lagi dah..

{ Noah Navas } at: 10 Januari 2012 9:18 PG berkata...

kalau cmtu nape plak hassan ali dipecat ? ape salah dia sampai dipecat ? sedangkan di memartabatkan agama ... ni ka keadilan nye..n then kenapa TGNK cakap hasan ali tak senonoh sedangkan dia mendaulatkan agama..DSAI sape dia sampai kes dia begitu ramai yg hadir? soal aqidah tak nak pulak turun cmtu skali..jgn soal politik agama di ketepikan ...

{ ReYnn } at: 10 Januari 2012 9:40 PG berkata...

siapalah kita untuk menilai siapa yang betul dan siapa yang salah..

Tapi,menjadi satu kewajipan kepada kita untuk menilai mana yang betul atau mana yang salah..

Noah,siasat dulu betul2 sebelum menulis sesuatu,jangan terima bulat2 je oke :mujuk

{ Noah Navas } at: 10 Januari 2012 12:17 PTG berkata...

lihat sejarah , lihat fakta, dan lihat kronologi peristiwa. menulis , membaca, mengata harus bersandarkan pada fakta. jadi, renung2 kan dan
selamat beramal...

{ dRopPuc!noo™ } at: 12 Januari 2012 10:54 PTG berkata...

:erk mana taw DSAI betul liwat? sendiri nampak depan mata ke eh?
:erk mana taw betul Hassan Ali mendaulatkn agama ye? boleh baca hati org eh?
yag pasti jgn cepat percaya dengan mata kasar.. t takut fitnh pulak :adess

{ Noah Navas } at: 13 Januari 2012 9:37 PG berkata...

ana tak cakap yg DSAI terlibat atau tak dalam kes liwat tue.. ade mana2 statement drpd ana yang mengatakan DSAI btol2 melakukan liwat ? nmpk nye anta sendiri yg tak pham apa yg ana tulis. erm, betul tu. kita memang tak bole baca hati org, nmpk nye anta bagai katak bawah tempurung. untuk makluman anta, dato` hasan ali rela untuk meninggalkan jawatn nye dlm PAS semata-mata untuk menegakkan prinsip nye yg mementingkan agama islam. beliau menganggap bahawa PAS sudah tidak mcm PAS 50 tahun yg lepas. so, fikir2 kan la... jazakallah

{ frogos } at: 5 April 2012 9:09 PG berkata...

tulah harap2 impian dato anua ni x dapt takluk putrajaya

{ frogos } at: 5 April 2012 9:20 PG berkata...

nak tau sape btul..tg kat padang mahsyar nantila

{ Mochalovaa } at: 8 September 2012 7:06 PTG berkata...

Assalamu'alaikum.

Man, you've been brainwashed by the telly. Tolong la jgn percaye bulat2 apa yg ada kat kaca tv tu. Skarang ni politik yg dilaksanakan adalah DIRTY POLITICS. Which kita sendiri pun tertipu. Newspapers, television, blogs, we can't really take that 100% as true and stick it to our mind.

Kita taktau apa yg berlaku dibalik tabir. Kita kenal ke orang-orang politik ni secara peribadi? I don't think so. kalau ada pun maybe tak rapat, jadi whatever yg dimainkan kat kaca tv tu tak semestinya it is a real situation. Mungkin apa yg kita rasa betul sebenarnya salah, apa yg salah sebenarnya betul. Hey, sebaik-baik penilai kan hanya Allah? The Knower of the unseen and the visible. Ya, kita boleh ditipu oleh media massa, tapi tidak Allah.

Personally I don't take any side. Cuma, janganlah menghentam sesama sendiri. Biar berlainan parti politik, asalkan kita still share one-bulk-of-guidance: Al-Qur'an and we still brothers and sisters, we're muslims. Apa-apa judgement kita tunggu "The Official Judgement Day" kat akhirat kelak. Time tu barulah kita tahu siapa betul, dan siapa salah. Wallahu'alam.

{ suffer8zine } at: 23 Disember 2012 3:08 PG berkata...

Salam, tahukah anda Hassan Ali guna alasan ambil 300k duit kerajaan Selangor untuk ubah suai pejabat? tahukah anda 1 program Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat)yg di handle Hasan Ali menelan kos 540k? Komisyen apakah ini? Adakah ini pejuangan islam?
Usah sekadar menonton tv1 tv2 tv3 dan membaca media cetak yang dimiliki kerajaan, buka mata dan baca serta kaji semua maklumat, luaskan pemikian dan minda. Mungkin pengetahuan anda mengenai hal politik masih cetek.
Mengapa anda melabel Anwar pengkhianat? Manusia yang dipenjara kerana tidak memberi wang Petronas kepada anak mantan pm ni dikata pengkhianat? Agak lawak bila terbaca Malaysia akan dijual.
Isu hina islam? MCA dengan pelbagai kata2 hinaan hukum Allah mengapa tak didedahkan? Mana pejuang islam UMNO BN?
Post ini berat sebelah dan tidak adil. Serta tidak menyatakan sebab dan alasan sesuatu penyataan itu dilemparkan. Ianya lebih dilihat sebagai membela Hassan Jati yang kononnya dianggap pejuang islam. Pernah penulis lihat sendiri mcm mana rumah Hassan Ali?
Penulis kena rajin tonton atau hadir ke sidang dun dan sidang rakyat untuk lihat hal sebenar. Jangan terus menerus di tipu dengan tv. Sekarang semua orang dah tahu siapa adun gombak setia tu.
Kenal Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi? Agak2 dia nak ke berkawan rapat dengan Anwar sekiranya Anwar dikatan pengkhianat, peliwat, penjual negara, pesalah laku, dll lagi? Harap tolong sangat2 akan datang penulis dapat menulis dengan pemikiran yang lebih cerdik dan terbuka. Lebihkan banyak bacaan sejarah secara meluas. Usah jadikan blog ini sebahagian wadah fitnah mahupun sumber maklumat songsang.
Saya rasa bukan bidang anda untuk mengulas mengenai hal seperti ini. Lebih baik anda post mengenai hal2 hukum hakam buat sambutan itu ini, hukum bazirkan wang, hukum beli cincin 24juta, hukum bawa artis kpop, nampak sikit boleh meningkatkan ilmu serta dapat pahala berbanding menyebarkan fitnah seperti ini.
Agak2 anda sempat tak minta maaf dengan Anwar setelah anda melebel dia pengkhianat? Nak kata anda lihat sejarah , lihat fakta, dan lihat kronologi peristiwa. menulis , membaca, mengata harus bersandarkan pada fakta. jadi, renung2 kan dan
selamat beramal... Wassalam.

 

Copyright © 2010 • Berbual Sambal • Design by Dzignine