125x125 Ads

Alasan Kenapa Perempuan Kena Pandai Masak

11 comments
Assalamualaikum.





Hai blogger boys and terutamanya blogger gurlz yang menjadi bahan uji kaji aku pada entry kali ni. Jangan marah ea. Just perkongsian kita bersama oke.


As a gurlz, korang mesti harus patut hendak mahu pasti kena pandai masak. Kalau korang (blogger gurlz) tak tahu masak macam mana korang nak pikat hati  bakal mak mertua? Cakap-cakap mak mertua, kalau nak kahwin masih tak pandai masak, alamat korang dalam keadaan kritikal la tu. Nak nak kalau dapat mak mertua yang sayang kan anak nya. Komfem korang kena pandai masak.


And then cuba bayangkan korang saje saje la lepak kat umah bakal mak mertua, tiba-tiba dia sediakan bahan untuk korang masak sendiri. Lebih ringkas lagi nak testing korang le. Untung kalau korang pandai masak. dia campak katak pun, insyaallah korang bole masak lemak cili padi. Tapi kalau korang tak pandai masak, tak masak korang dibuatnya. Alamatnya CANCEL jadi menantu dia. 


Kepada yang belum pandai masak, banyak banyak kan la buat eseimen and research. tak lupa banyak2 kan la berdoa kepada Allah s.w.t supaya tak dapat mak mertua yang banyak cekadak karenahhehe


Ha, tak lupa gak yang dah pandai masak. korang tak bole goyang-goyang kaki senang lenang. korang kena berinisiatif untuk cari kaedah lain untuk memasak pada waktu-waktu kecederaan, hoho.



contoh yang mudah, pertama korang tak payah masak guna rice cooker. tapi dikukus. ini kaedah tradisional sepanjang zaman. Mana la tahu kan dah kawin nanti tiba-tiba tempat korang asik black-out korang guna la cara ni. gantikan dapur gas dengan dapur arang. tak yah pening-pening nak pikir. betul tak ?


Tapi kita as a boys, kena tahu gak masak. nak nak bila isteri kita mengandung. kita la kena gantikan dorang. tambahan kalau mengidam macam macam, terpaksa la ikut je. tapi lau dah mengidam kereta BMW tu memang dah melampau sangat la. Just ignore it. huhu.


As conclusion, suami dan isteri mesti tahu masak. kerjasama amat penting dalam membentuk keluarga yang disyorkan dalam islam. tapi korang (terutama blogger boys) harus ingat, kalau la kelemahan isteri kita tak pandai masak, saya pasti ada 1000 lagi kelebihannya yang masih kita boleh hargaiInsyaallah korang boleh jadi sebuah keluarga yang disinari dengan cahaya cahaya dari syurga



Aminn..



Baca lagi »

Pujian yang Melampau

0 comments
Assalamualaikum.

Hai, rasa macam da berhabuk aku rasa blog berbualsambal ni. huh, da lama terbengkalai. Nak tengok pon tak lalu.huhu. Takpe2. Kisah lama kita tinggalkan. maklum la da masuk 2012. azam pun mesti nak baru kan?Tak sangka buat tahun pertama aku rasa tak yah sibuk2 nak beli baju skola. zaman kegemilangan aku di sekolah sudah berakhir. yang tinggal hanyalah kenangan semata-mata.






Oke, aku nak tanya, rata-rata la korang suka dipuji tak ? pujian macam mana ? adakah pujian terhadap diri sendiri ? atau pujian yang melampau ? nak dimudahkan cite, komfem la korang kembangkan kalau dipuji. nak nak pujian itu terhadap apa yang kita ada orang lain takde.





Namun, setiap pujian yang kita dapat harus dikembalikan kepada Allah s.w.t. Bagi kita seorang Muslim, nilaikan sesuatu pujian itu. Ini adalah kerana kadang-kadang ditakuti atau dibimbangi dengan beberapa pujian yang kita dapat, kita merasa betapa hebatnya kita ni. seterusnya akan timbulnya sifat riyak. 
Dalam perkara ini, Sayidina Ali bin Abi Talib berkata yang bermaksud :

"Orang yang bersifat riyak itu mempunyai beberapa tanda: malas apabila berada bersendirian tetapi rajin apabila berada di kalangan orang ramai, menambahkan amal kebaikan apabila dipuji tetapi mengurangkannya apabila tiada dipeduli."


Jadi, bagi kita yang hendak memuji pula, pujilah kepada perkara yang elok-elok sahaja. bukan memuji suara sedap menyanyi dan lain-lain perkara yang maksiat. pujilah kepada ciptaan Allah s.w.t. Insyaallah akan menambahkan rasa kecintaan kita terhadap Allah s.w.t.





Aminn.




Baca lagi »

Kenapa Perempuan Lebih Extream Daripada Lelaki ?

6 comments
Assalamualaikum,



Hai, pejam celik pejam celik tak sangka da nak stpm. huhu. lagi 8 hari doe stpm. makin da nak stpm, makin kerap aku on9. adess Nak nak lagi banyak tgok wayang sejak kebelakangan ni. Klip 3Gp la, Reel Stell la, yang latest tgok In Time plak. kadang-kadang rasa diri ni macam tak exam je tahun ni. rase macam baru masuk form 6 je semalam. hehe




*menghitung hari nak stpm



Actually da lama aku pikir kan pasal benda ni. tapi aku takde kesempatan nak luahkan. kadang-kadang aku tertanya2 , kenapa la pompuan skrang lebih extream daripada lelaki ? extream ? maksud aku dari segi perlakuan, pertuturan dan banyak lagi la.



takde la sume pompuan macam ni kan ? :terharu. contoh yang mudah, semalam aku g la jalan2 kat satu shopping complex ni. name dirahsiakan. takut kena ban plak. haha. tengah syok2 cuci mata jalan-jalan terdengar la sorang hamba allah ni (pompuan) ngan member2 dia. cara dia cakap macam member dia ue 1km kat depan dia. padehal sebelah je. maybe dia nak satu mall ni dgr kot.:entah.




*tak dengar, tak dengar



tue ok lagi la. nak disedapkan crita ag, ade ke ptot dia keluar kan perkataan yang tak sepatut nya. nak cakap pun segan. biar la rahsia. paham2 ea. sentap mak dengar. sebagai lelaki ni, aku pun tak penah cakap benda alah tu. bukan la nak cakap diriku ni baik sangat, tapi bila bercakap ade la batas nya.



maybe betul kata orang, "dunia da terbalik" maksud nya sekarang ni nama je pompuan tapi kelakuan mengalahkan lelaki. dan sebaliknya. bukan niat hati nak meninggung mana2 pihak.
 *maybe aku tulis entry ni, korang bole bagi feedback yang lebih bernas.




*tanda ingatan tulus daripada hati



kita sebagai manusia ni harus sedar di mana kita berada. dunia ni hanya tempat sementara, akhirat jua yang selama-lamanya. jadi, kita sama2 sentiasa muhasabah diri. kata orang, "biar hari ni lebih baik daripada semalam, dan hari2 seterusnya dua kali ganda baik daripada hari ni." yang baik datang daripada allah, yang kurang molek datang daripada diri ini.


last entry sebelum stpm :hoho



Wassalam
Baca lagi »
 

Copyright © 2010 • Berbual Sambal • Design by Dzignine