125x125 Ads

Kita ? Robot? Apa samanya?

5 comments
Assalamualaikum,


Hai kepada semua yang mengenali.. skema la plak ayat..hehe... terutama to budak-budak BCROOM.NET yang saban hari banyak berkongsi idea...(saje je nak amik hati, kot kot dapat jadi ADMIN)





Robot?


Mesti korang agak terpinga-pinga yang tajuk entry aku kali ni. takpe takpe takpe. maybe korang lebih tertarik ngan tajuk-tajuk yang pelik. haha. Cuba kita bayangkan yang diri kita ni sebuah robot yang berkhidmat untuk tuan kita sendiri.


Adakah kita nak jadi robot yang tak mendatangkan apa apa kepada tuan nya?


Robot merujuk kepada kita, tuannya pula merujuk kepada ALLAH s.w.t. Ini bermakna adakah kita nak menjadi seorang hamba yang terlalu leka dengan kesenangan yang kita nikmati pada hari ini sehingga mengabaikan tanggungjawab kita terhadap ALLAH s.w.t. Kita lihat pada hari ini, ramai rakan kita yang telah menyimpang jauh dari landasan yang sebenar. 


Adakah kita mampu berdiam diri ?



 

Jadi, kita harus menjadi mursyid kepada rakan rakan kita agar dapat sama sama membimbing antara satu sama lain agar kembali kepada landasan yang sebenar yang mencari keredhaan ALLAH s.w.t. dan janganlah menjadi seperti sebuah robot yang tak berguna kepada tuannya. 


Apabila robot itu tidak mendatangkan manfaat kepada tuannya, pasti tuannya akan mencabut plug atau bateri pada badan robot itu.


 

*tentu sekali kita akan rasa menyesal dengan apa yang kita lakukan dahulu. masa berjalan begitu pantas. sedar ataupun tidak sedar kita meningkat dewasa. dunia persekolahan sudah kita tinggalkan. kini, kita menempuh dunia yang sebenar yang banyak cabaran. jadi, kita harus menyiapkan diri agar tidak leka dengan berbagai bentuk sogokan yang cuba untuk melemahkan kita terutamanya umat islam.


kata-kata orang yahudi

"Jangan harap kamu (umat islam) dapat mengalahkan kami selagi jumlah solat berjemaah di masjid pada waktu subuh tidak seramai jumlah umat islam solat hari jumaat."


Wassalam
Baca lagi »

Luahan Hati Dato` Dr Hasan Mohamed Ali mengenai DSAI

2 comments
Assalamualaikum,



Hai sume. maybe entry aku yang lepas buatkan korang tak sedap nak membaca nye. tapi aku menulis berdasarkan research yang selama ni aku buat mengenai politik-politik Malaysia. Aku bukan la pro-Kerajaan semata-mata, tapi hanya Allah je tahu.





*Kenapa susah sangat terima hakikat*


Bukti da jelas bila Dato` Dr Hasan Ali, bekas bEXCO negeri Selangor yang memberi pandangan sendiri tentang DSAI. ni bukan la omong kosong. Beliau sendiri yang bercakap mengenainya. Lihat la petikan video yang diambil daripada youtube.




Betul kata beliau, bila DSAI jadi PM , peribadi DSAI yang tak sesuai untuk mentadbir negara kita. ni bukan sekadar cakap-cakap kosong, tapi beliau sendiri telah mengkaji tentang DSAI.


*Hanya jauhari yang mengenal manikam*


Adakah korang nak DSAI jadi PM kita ? siapa pun gembira bila dapat menawan Putrajaya, tapi dalam kegembiraan itu kalau air mata berderai kalau tengok agama islam ntah ke mana, bangsa Melayu ke mana, institusi raja ntah ke mana, PEKIKAN kemengan itu tak banyak maknanya.


"ALLAH yang merancang , dan kita merancang, perancangan ALLAH lah yang akan berjaya"


Kita akan berasa gembira bila pemerintahan negara kita mengangkat soal agama Islam ke darjat yang paling mulia dan tinggi.


Aminn.


Menulis bukan sekadar menulis, 
menulis berdasarkan fakta.
Sejarah mengajar kita untuk lebih baik daripada sebelumnya
Insyaallah

Baca lagi »

Penegak Islam dipecat, Pengkhianat bangsa diangkat

14 comments
Assalamualaikum,


Hai kepada sume blogger guys and blogger gurlz. Mesti korang da dapat gambaran kan yang entry kali ni aku buat isu pasal apa. tapi ada gak yang tak tahu lagi. takpe, kita berkongsi maklumat bersama.

 
''Pengkhianat''
   
        '' Pembela Agama''


''"Mahkamah Bebaskan Anwar Ibrahim?"


Baru tadi aku dengar berita ni daripada kawan se-office dengan aku. Agak terkejut gak macam mana lah dia boleh dibebaskan daripada tuduhan liwat. tapi yang aku pelik gak ramai betul yang jadi pengikutnya masa perbicaran tadi pagi. seawal 5 pagi tadi dorang da berkumpul di depan Istana Kehakiman Jalan Duta. lebih daripada 5000 orang pengikutnya berkumpul di situ. Siapa dia ? Sampai begitu sekali diagung-agung kan. Subhanallah.


"Masa Himpun Sejuta Umat kat Shah Alam tak nak turut serta plak. tentang aqidah umat islam diketepikan. Manusia diagung-agungkan."

 
Oke, tu satu hal. Isu yang ni pulak tentang Dato` Dr Hassan Ali dipecat daripada ahli jawatankuasa PAS pusat. Kenapa beliau dipecat? padahal beliau seorang yang meletakkan prinsip agama islam di tangga yang teratas sekali. PAS mendakwa beliau telah lari daripada landasan jalan politik PAS. Ke mana prinsip PAS sebelum ni yang menegakkan agama islam? adakah PAS sudah di bawah telunjuk parti politik DAP ? PAS sekarang ni seolah-olah telah menjadi orang kanan DAP yang hanya duduk diam apabila DAP bersuara.


Contoh yang mudah diambil petikan video daripada youtube yang mengenai Nga Kor Ming ahli DUN Taiping yang menghina menteri besar Perak DS Zambry.






Melihat daripada petikan video ni, kita dapat lihat yang orang-orang PAS hanya mampu duduk diam apabila ahli DUN taiping itu menghina orang islam sendiri. MASHA-ALLAH


Takpe lah. Ni baru kehidupan di dunia. Manusia boleh menghukum sewenang-wenangnya. TETAPI di akhirat kelak mulut akan diikat, hanya tangan dan anggota lain yang berkata-kata yang menjadi saksi sepanjang hidup kita di dunia ni. Sebagai insan yang waras kita juga dapat membezakan yang mana baik dan yang mana tak baik. kita harus meletakkan kepentingan agama islam di tingkat tertinggi sekali berbanding dengan hal yang lain. Moga kita mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat kelak.


Aminn.
Baca lagi »
 

Copyright © 2010 • Berbual Sambal • Design by Dzignine