125x125 Ads

Page 6 : Sabotage Kurma Yahudi

0 comments
bismillahirrahmannirahim....

Assalamualaikum pembuka kata,
pemanis lidah kurma pilihannya..

Dah seminggu kita berpuasa....mesti da mula bershopping sakan ni arn..hehe..tapi tu bukan topik nya sekarang nie..kurma???erm, mesti korang pada bulan ramadhan selalu makan kurma arn...memang sunnah nabi...tapi, dalam korang makan kurma uew, noh nak nasihat kan sepaya pilih la kurma betul-betul ea... .....berhati- hati..... ...be careful of Kurma Yahudi.






Tolong Distribute!
Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia.  Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenama “Jordan River”,  kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.  Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi.

Akhir Kalam, noh harap korang berhati-hati dalam memilih kurma. Actually bukan kurma jew, tapi produk lain yang dihasilkan oleh Israel. Harap korang be alert n sensitive ye ngan benda-alah macam nie..

KITA SABOTAGE PRODUK ISRAEL..

ALLAHUAKBAR !!!!!!!!

wassalam...
Baca lagi »

Page 4 : Anak Soleh dan Solehah

0 comments
Asslamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim…

Memandangkan kita dalam bulan ramadhan yang penuh keberkatan, noh nak bagi tips or panduan la macam mane nak jadi anak yang Anak Soleh….

Itulah yang bermain difikiran korang sume arn…anak soleh atau solehah ni idaman setiap mereka yang bergelar anak… adakah kita tergolong dalam ciri – ciri anak soleh dan solehah??? Mari kita fikir sejenak..

1 ) Mentaati kedua ibu bapa


Anak yang soleh dan solehah ini sentiasa mentaati ibu bapa mereka selagi mana ia tidak terkeluar dari syarak…Kita yang sebagai anak ni adakah sentiasa mentaati kedua ibubapa kita ? Cuba kita renung dan muhasabah balik diri kita. Adakah kita pernah menaikkan suara di depan mereka ataupun kita pernah menyakiti hati mereka ? Moga-moga kita tidak tergolong didalam golongan di atas…

 
Firman ALLAH di dalam surah AL-ISRAA’ ayat yang ke 23 juzuk yang ke 15 yang bermaksud : 


“ Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain DIA ( ALLAH ) dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa mu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ ah “ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka ucapan yang mulia “.

 
Disini dapat kita melihat betapa untuk kita hendak menjadi anak yang soleh dan solehah perlu mengelakkan diri kita daripada berlaku kasar kepada kedua ibubapa kita apatah lagi meninggikan suara dihadapan mereka ketika mereka sudah lanjut usia…sentiasalah kita berdoa kepada kedua ibubapa kita dengan doa yang setiap kali kita baca selepas selesai solat :

“ Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku , kasihani mereka sepertimana mereka mengasihiku dan mendidikku sejak kecil lagi “. Amiin…

 
2 ) Tingkahlaku dijaga dan akhlak dipelihara.

Anak soleh dan solehah sentiasa menjaga tingkah laku daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengaibkan diri…apatah lagi melakukan perkara yang boleh mendatangkan malu kepada keluarga…Tidak dinafikan manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa terutama dosa kecil yang kadang kala kita tidak perasaan perkara yang kita buat itu mendatang dosa…tetapi ALLAH itu Maha Pengampun…apabila kita melakukan dosa , cepat-cepat kita beristiqfar dan memohon ampun kepada Yang Maha Esa…Untuk menjadi anak yang soleh dan solehah perlu kita menjaga akhlak kita,kerana akhlak merupakan faktor utama untuk menjadi anak yang soleh dan solehah, jika akhlak kita tidak dijaga tidak mungkin kita akan menjadi anak yang soleh dan solehah…

 
3 ) Amalan dijaga kerana Yang Maha Esa

Anak yang soleh dan solehah perlu menjaga amalan , dan amalan itu adalah semata-mata kerana Yang Maha Esa…Kadang-kadang kita sebagai manusia ini juga ada culas didalam melakukan amalan kepada Allah terutamanya di dalam solat…untuk menjadi anak yang solehah dan solehah perlu mendahulukan perkara yang wajib seperti solat diawal waktu…macam mane kita mahu menjadi anak yang soleh dan solehah jika solat kita tidak dijaga…apabila solat
kita dijaga insyaAllah,amalan – amalan kita akan menjadi lebih teratur…selain itu juga untuk menjadi anak soleh dan solehah ialah perlu menjadikan al-quran sebagai sahabat karib dikala senang dan susah…sentiasa basahi lidah dengan al-quran dan zikrullah…insyaAllah,untuk menjadi anak yang soleh dan solehah ada didalam setiap diri setiap mereka yang bergelar anak.

 
4 ) Tiada cinta selain cinta kepada Allah, Tiada rindu selain rindu kepada Rasulullah

Cinta merupakan fitrah bagi setiap manusia kerana manusia sememangnya memerlukan pasangan , Bagi anak yang soleh dan solehah, cinta Allah mengatasi cinta segala-galanya…apabila cinta Allah telah bertakhta dihati, cinta kepada Rasulullah adalah cinta seterusnya dan cinta ibubapa selepas itu. Tiada istilah couple bagi setiap insan yang belum berkahwin kerana ia adalah nafsu semata-mata…bercinta selepas kahwin adalah nikmat yang paling berharga bagi setiap pasangan itu. Oleh itu, bagi pasangan yang telah telanjur bercinta apa kata halalkan perhubungan itu dengan perkahwinan. Nak jadi anak soleh dan solehah tak ? 


Bila bercinta , mesti ada perasaan rindukan? Persoalannya, adakah rindu kita pada Rasulullah lebih lagi ataupun rindu pada kekasih mengatasi segala-galanya? Perkara ini sebenarnya tidak dapat dinafikan bilamana kita melihat sendiri anak-anak muda kita bilamana teknologi semakin canggih, perasaan itu boleh diluahkan melalui pelbagai cara seperti di handphone melalui ‘sms’…yahoo messenger dan sebagainya…tetapi kita kena ingat, biarlah rindu pada Rasulullah mengatasi segala-galanya…itulah ciri-ciri ingin menjadi anak soleh dan solehah.

 
5 ) Kasih sayang hanya pada ibubapa, Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi.

Anak soleh dan solehah perlu meletakkan kasih saying ibubapa yang paling utama daripada kasih sayang selain mereka kerana tanpa mereka tidak mungkin kita dilahirkan kedunia ini.Kita boleh melihat pengorbanan seorang ibu yang menanggung keperitan dan kepayahan mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari.


Ibu jugalah yang sanggup bersengkang mata apabila anak tidak tido malam apatah lagi jika anak itu sakit,ibu jugalah yang akan menjaga kita.Jadi betapa kita wajib memberikan kasih sayang kepada ibu kita.Bapa juga tidak kurangnya,mencari rezeki untuk memberi makan kepada anak-anak dan menghantar anak-anak untuk menuntut ilmu.Apakah kita tidak merasakan betapa besar pengorbanan bapa kepada setiap anak…

 
Guru merupakan ibubapa kedua kita apabila berada disekolah…tiada guru yang mengajar anak murid mereka untuk bersikap biadap apatah lagi mengajar perkara – perkara yang tidak berfaedah…mereka semua mahu anak-anak murid mereka berjaya dan menjadi insan yang berguna untuk keluarga dan masyarakat..itulah sifat bagi seorang anak soleh dan solehah iaitu mengasihi dan menghormati guru-guru.

 
Anak soleh dan solehah juga perlu mengasihi teman-teman, tetapi sebelum itu biarlah mencari teman yang memberikan faedah kepada kita dengan saling ingat mengingati antara satu sama lain…bukan sekadar kawan biasa…sanggup berkorban dikala susah dan senang…itulah sebaik-baik teman…

*****

Pesanan untuk anak lelaki

Buat anak lelaki…tanggungjawab sebagai anak lelaki lebih besar daripada anak perempuan…kerana apabila seseorang bapa telah kembali bertemu dengan Maha Pencipta, maka anak lelakilah yang perlu memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga…menjaga ibu dan keluarga…Oleh itu,apa yang perlu anak lelaki buat adalah, perlu mendalami ilmu terutama ilmu agama…jika kita melihat pada zaman sekarang, apabila berlaku kematian keluarga, terutama ibu bapa, ada anak-anak yang telah menswastakan untuk menguruskan jenazah ibu bapa mereka, anak-anak hanya perlu membayar…ini bukanlah ciri-ciri dan sifat-sifat anak yang soleh dan solehah…justeru itu perlulah anak lelaki perlu mendalami ilmu agama…anak lelaki juga perlu menjadi imam didalam solat sekiranya ibubapa suruh, bilamana solat berjemaah dirumah, keakraban dan bahagian dalam keluarga itu terpancar…anak lelaki juga perlu menjaga dan membimbing keluarga terutama yang ada kakak atau adik perempuan…tanggungjawab anak lelaki adalah memastikan mereka ini menjaga aurat dan batas-batas pergaulan.

Pesanan untuk anak perempuan


Buat anak perempuan, tanggungjawab kita tidaklah seberat tanggungjawab anak lelaki, tetapi tidaklah kita sebagai anak perempuan mengambil kesempatan daripada itu…anak perempuan perlu menjaga aurat dan batas pergaulan mereka…dari segi aurat, anak perempuan perlu melabuhkan tudung hingga ke dada dan tidak memakai pakaian yang menjolok mata ataupun pakaian yang ketat…sesungguhnya bilaman seorang anak perempuan itu melakukan dosa , bukan sahaja diri sendiri yang menanggung dosa, tetapi bapa juga menanggung dosa anak perempuan itu…apakah kita tidak ada rasa kasih sayang kepada seorang bapa??? Amat kejam kepada mereka yang melakukan perkara sedemikian…ingatlah, sesungguhnya amat mudah mereka yang bergelar wanita itu untuk masuk syurga dan amat mudah juga untuk masuk ke neraka…ambillah untuk mudah masuk syurga dengan sentiasa mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya…untuk memilih calon suami, carilah calon suami yang bukan sahaja tahu asas dalam agama tetapi mampu membimbing seorang isteri…yang boleh menjadi imam dalam keluarga, dan mampu bertanggungjawab dalam keluarga….

“ Anak soleh dan solehah sebagai harta, tidak jemu berdoa , agar sejahtera terpelihara”.

Noh buat page ni just nak berkongsi...noh harap korang dapat input yang sepatutnya ye...

wassalam....
Baca lagi »

Page 3 : Nikmati Puasa (Sesungguhnya Islam itu Indah)

0 comments
Alhamdulillah kita telah melewati hari keenam berpuasa. Semoga puasa serta ibadah Ramadhan kita berjalan lancar sampai sebulan. Namun tidak hanya sebulan saja kita berlomba-lomba memperbanyak pahala, hendaknya bulan Ramadhan kita jadikan moment untuk meningkatkan kualitas diri dan keimanan kita kepada Allah swt. Sehingga kita bisa terus beribadah, tidak meninggalkan yang wajib serta memperbanyak yang sunnah hingga seterusnya.



Di bulan Ramadhan kita diwajibkan berpuasa selama sebulan penuh. Dari waktu imsak hingga berbuka saat maghrib. Tidak hanya menahan rasa lapar dan haus, tapi juga segala hal yang dapat membatalkan puasa. Perintah puasa difirmankan oleh Allah swt pada Al Quran surat Al Baqarah ayat 183. Dan puasa Ramadhan ini merupakan salah satu Rukun Islam.



Ketika berpuasa selama satu bulan, kita bisa ikut merasakan bagaimana orang/fakir miskin yang sedang kelaparan, karena biasanya kita selalu terpenuhi kebutuhan akan makanan. Maka jika kita bisa merasakan hal tersebut, kita akan menjadi orang yang concern terhadap orang yang sedang kesusahan khususnya fakir miskin.  Dengan begitu, kita akan terbiasa menolong  mereka dengan memberikan sedekah. Kita tak akan lagi berlebih-lebihan dan selalu ingat akan kesulitan mereka. Berbagi kepada sesama serta tidak lupa selalu mensyukuri hidup ini.



Dengan berpuasa, kita juga diajarkan untuk menjadi sabar. Sabar di kala lapar, haus, menahan marah bahkan syahwat. Jika kita berhasil menahan itu semua maka kemenanganlah yang kita dapatkan. Karena menahan dan mengendalikan nafsu adalah hal yang paling sulit bagi manusia. Begitupula jika kita sedang berpuasa, sering kita menghadapi orang yang menguji kesabaran kita, padahal kita sedang berpuasa dan harus menahan nafsu kita. Rasulullah saw bersabda: 

 
“Puasa adalah benteng penghalang, maka janganlah ia berucap dengam kalimat buruk, mencaci, dan menghina, jika ada yang mengganggunya atau mengumpatnya katakanlah aku puasa, aku puasa. Demi Allah yang diriku dalam genggaman-Nya, sunnguh aroma tidak sedap di mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada wangi misik, karena ia meninggalkan makanannya, minumannya, dan syahwatnya karena Aku (Allah SWT). Puasa adalah untuk-Ku, dan Aku yang membalasnya, dan setiap pahala dibalas 10 kali lipat darinya”. (HR. Bukhari)



Maka kuncinya adalah sabar. Betapa sabar itu adalah kunci sukses dalam segala hal, subhanallah… Di bulan Ramadhan inilah kita bisa mengintropeksi dan memperbaiki diri. Dan tentunya agar kita menjadi orang yang betakwa, seperti firman Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (QS. Al Baqarah:183)





Sekian.
Baca lagi »
 

Copyright © 2010 • Berbual Sambal • Design by Dzignine