125x125 Ads

Solat Berjemaah bukan SATU bebanan

Assalamualaikum,


Hai kepada semua blogger dan reader sekalian. memang da lama sangat tak update blog ni. tapi takpe masa cuti hari ni aku manfaatkan sepenuhnya untuk update entry . huhu



Solat berjemaah? susah ke ? 



Sudah sedia kita maklum bahawa solat berjemaah amat digalakkan dan menjadi tuntutan kepada setiap individu muslim terutama muslimin untuk berjemaah setiap kali azan berkumandang. tapi sudah kita sedia maklum masyarakat kita pada hari ini amat liat sekali untuk menunaikan solat lima waktu secara berjemaah. terutamanya solat fardhu SUBUH dan ISYAK.


Rasulullah saw bersabda, maksudnya;
 “Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isya dan Subuh, seandainya mereka mengetahui keutamaan yang ada pada dua solat itu pasti akan mendatanginya meskipun dengan merangkak.” (riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

 Melalui hadis ini kita dapat melihat keutamaan solat secara berjemaah. Nabi Muhammad S.A.W amat mengambil kira pentingnya solat secara berjemaah bahkan telah menjadi satu adat kebiasaan para sahabat Nabi di zaman itu mengenali orang-orang sekeliling melalui solat berjemaah. Sesiapa sahaja yang tidak solat jemaah pada ketika itu akan dikatakan munafik.


Maksud Hadis Nabi S.A.W :

"Demi yang jiwaku ada ditanganNya, sungguh aku telah berniat kuat untuk memerintahkan agar dikumpulkan kayu bakar kemudian aku perintahkan solat dan dikumandangkan adzan untuk solat, kemudian aku perintah seseorang untuk mengimami manusia dan aku akan mendatangi orang-orang yang tidak menghadiri solat maka akan aku bakar rumah-rumah mereka. Demi yang jiwaku ada di tangan-Nya, seandainya salah seorang dari mereka mengetahui bahwa dia akan mendapatkan sekerat daging atau dua iga kambing yang bagus pasti dia akan menghadiri solat isya’. ” (riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dari lafaz Imam Bukhari)



Dulu masa kita dibangku sekolah, ustaz dan ustazah kita selalu nasihat kita, "Solat lima waktu sorang sorang adalah baik dan solat berjemaah adalah lebih baik, jadi seelok eloknya kamu mengerjakan amalan yang lebih baik itu."


Ada hadis yang diriwayatkan mengatakan bahawa solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 25 atau 27 kali ganda.


SERONOK bukan ?!



#Pertama : 

Sabda Nabi S.A.W. bermaksud :

“Solat berjemaah itu lebih baik daripada solat bersendirian 27 kali ganda” (riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

#Kedua :

Sabda Nabi S.A.W. bnermaksud :

“Solat seseorang dengan berjemaah itu digandakan 25 kali ganda berbanding solat yang dikerjakan di rumah atau di pasar. Demikian itu, kerana apabila seseorang berwuduk dan menyempurnakan wuduknya, kemudian pergi ke masjid dengan tujuan khusus untuk solat, maka setiap kali ia melangkah kaki, diangkat satu darjat dan dihapuskan satu dosa. Dan bila ia mengerjakan solat, maka malaikat sentiasa memohon rahmat kepadanya selama ia berada di tempat solat selagi ia tidak berhadas (doanya iaitu): “Ya Allah, ampunilah dia ya Allah kasihanilah ia. Dan (para malaikat sentiasa mendoakan) selama ia menanti solat” (riwayat Imam Muslim).


Kajian sains juga telah mengakui secara sainstifik tentang kelebihan solat berjemaah ini.

Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dr. Abdul Ghaffar Surip berkata, hasil kajian John Herbert mendapati sentuhan antara bahu jemaah ketika solat mampu menyeimbangkan cas elektrik positif dan negatif yang terdapat dalam tubuh manusia menjadikan tubuh lebih segar dan bertenaga.

Beliau berkata,

“Tubuh manusia terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan negatif. Setiap aktiviti harian kita tidak kira bekerja, beribadat atau berehat banyak menggunakan tenaga yang menyebabkan berlakunya pertukaran cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas tersebut di dalam tubuh. Ini menyebabkan tubuh berasa letih dan tidak bermaya. Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita iaitu dengan cara menunaikan solat berjemaah yang merangsang proses pertukaran cas elektrik dalam tubuh kita tersebut."


Ada kalanya rumah sangat dekat dengan masjid, tapi kita amat liat sekali untuk melangkah ke sana apabila azan berkumandang. berbalik pada hadis di atas tadi, setiap langkahan kita ke masjid untuk tujuan menunaikan solat, akan diangkat darjatnya dan dihapuskan satu dosa. tidak terhenti di situ sahaja, malaikat akan sentiasa memohon rahmat kepada Allah s.w.t. 


“Ya Allah, ampunilah dia ya Allah kasihanilah ia. Dan (para malaikat sentiasa mendoakan) selama ia menanti solat” (riwayat Imam Muslim).


Mulakanlah langkahan kita ke masjid terutamanya kepada kaum muslimin. kepada kaum muslimat anda tidak digalakkan untuk solat berjemaah di masjid, takut-takut boleh menimpulkan fitnah. 




#Pesanan kepada kaum muslimat, 

 

Kahwinlah cepat cepat. nanti kalau suami kalian pergi ke masjid untuk solat berjemaah, walaupun kalian solat bersendirian di rumah, kalian juga akan beroleh pahala seperti mana yang suami kalian perolehi daripada solat berjemaah di masjid. INDAH bukan ? !!   


Jazakallah


 
 

9 comments:

{ Awan Nano } at: 14 Mei 2012 pada 11:03 PG berkata...

msa skola dulu..ustazah pena ckp...Rasulullah x pena tinggal solat subuh secara berjemaah :)

{ AzwanRamli } at: 25 Jun 2012 pada 6:29 PG berkata...

nice sharing...Fadhilat solat jemaah mmg besar..

{ EMBUN KARINA ABDULLAH } at: 11 Julai 2012 pada 1:25 PTG berkata...

nice entry.. hi im already follow ur blog.. feel free to visit n follow me back. thanks :)

Tanpa Nama at: 29 Julai 2012 pada 11:58 PG berkata...

senanya, ramai je org suka berjemaah. tp, ada problem.

#first { imam baca surah terlalu panjang sbb makmum mengantuk dan sakit kaki. ni biasa kat malaysia

#second : imam mengaji macam budak tadika. ni berlaku di surau kat rumah saya.

u know what? imam tu baca Al-Quran tajwid dan makhraj tunggang terbalik. baca surah sampai makmum pun pelik, "dia ni baca apa?"

sampai la ramai makum pergi masjid kg lain. sbb tak puas hati dgn imam ni. rasa was2 bila jadi makmum dia sbb takut solat x diterima.

sy heran, imam ni kan jabatan agama islam yg pilih. takkan tak tahu kebolehan imam tu cmne.

hmm, saya rasa faktor ni memang banyak pengaruhi generasi muda utk ke surau dan masjid. awk rasa cmne?

{ Pujangga Sinis } at: 17 September 2012 pada 12:17 PTG berkata...

thanks Noah, good sharing..keep it up share benda2 bermanfaat ek

{ NORSHAHFEZA HAMSAN } at: 2 November 2012 pada 1:59 PTG berkata...

nice sharing,,,

dh lame tak wat solat bjemaah kt umah,,=)

{ RIZZNA } at: 12 November 2012 pada 2:33 PTG berkata...

Sharing is caring. Alhamdulillah, hubby CiM slalu brjemaah subuh d surau brdekatan rumah kami krn waktu tu je yg lapang. Sblum g keje tu sbb kami kluar rumah awal pg, 6.30 dh kluar. CiM pun dpt tmpias pahalanya kann

{ NORSHAHFEZA HAMSAN } at: 20 November 2012 pada 10:49 PTG berkata...

nice sharing,m,besnyer berjemaah,,

tp lame dah tak buat,,muhasabah diri

{ saifudin } at: 26 November 2012 pada 12:57 PTG berkata...

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

 

Copyright © 2010 • Berbual Sambal • Design by Dzignine